Home Klik Di Bawah

Selasa, 13 Mei 2014

Kemegahan KLIA2

KLIA2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC) dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun, memulakan operasinya pada 2 Mei.
  


Fakta ringkas tentang KLIA2:






  • Terletak 2 km dari terminal utama KLIA. Terminal ini secara rasminya telah dinamakan sebagai KLIA2
  • Terminal baru ini adalah 60 peratus lebih besar daripada saiz asal LCCT iaitu 150,000 meter persegi kepada 242,00 meter persegi.
  • Ia didesain berkonsepkan 'lapangan terbang di dalam kompleks membeli-belah', menjadikan ia lapangan terbang terbesar didunia yang mempunyai retail lots (sekitar 60% dari luas keseluruhan diperuntukkan  untuk retail lots).
  • Panggung wayang dalam proses pembinaan, menjadikan ia airport pertama di Malaysia yang mempunyai panggung wayang.
  • Saiz LCCT sedia ada hanya 60,000 meter persegi bagi menampung keperluan 15 juta penumpang
  • Terminal KLIA2 ini memperuntukkan sebanyak 68 pintu bagi pengendalian 30-45 juta penumpang setahun berbanding standard industri 55 pintu.
  • Ia juga turut mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia mengatasai rekod sebelum ini oleh Bangkok Suvarnabhumi Airport di Thailand.
  • Bagi keperluan keselamatan, kerajaan turut memperuntukan keperluan balai berlepas dan ketibaan bagi penumpang antarabangsa dan domestik berasingan. Terminal itu turut menyediakan 6,000 kawasan meletak kereta.
  • Dianggarkan menelan kos sebanyak RM 4 bilion.

Lagi gambar-gambar menarik:


  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  


  

  

  


 source: skycrapercity, malaysiakini, www.travelfeeder.com

billy info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan