Home Klik Di Bawah

Khamis, 15 Mei 2014

KetahuiLah Bahawa 27% Pemenang Nobel Dunia Adalah Bangsa Yahudi

Sebuah akhbar tempatan di Israel mendedahkan kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh bangsa Yahudi meraih sebahagian besar penghargaan dunia termasuk anugerah nobel antarabangsa. 

Akhbar Maariv di Israel mendedahkan seramai 54 pemenang juara catur antarabangsa adalah bangsa Yahudi. Selain sukan catur, seramai 27 pemenang Hadiah Nobel untuk fizik adalah bangsa Yahudi. 

Perlu diingat bahawa nisbah bangsa Yahudi di dunia ini tidak melebihi 0.2% daripada penduduk dunia. 
 

Menurut akhbar tempatan Israel itu, budaya bangsa Yahudi yang ingin berjaya dalam jangka panjang dan idea-idea yang di dasari oleh keyakinan agama merupakan faktor yang mendorong mereka menguasai dunia.

Dalam tempoh 106 tahun, hampir 200 Yahudi menang Hadiah Nobel berbanding tiga dimenangi umat Islam. Bangsa Yahudi berjumlah 14 juta, sedangkan umat Islam 1.4 bilion. Bayangkan  jurang pemikiran mereka dengan kita! 

Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia kerap  dinaungi ahli siasah Yahudi. Henry Kissinger,  Harold Brown,  Robert Rubin, Madeleine Albright     dan penasihat Bekas Naib  Presiden Al Gore (1993-2001),  Michael Chertoff juga Yahudi.  

Bekas Presiden  George W Bush  juga dikaitkan keturunan Yahudi. Tidak hairanlah dia melancarkan kempen memerangi  keganasan di Iraq dan Afghanistan semata-mata untuk menjaga kepentingan Zionis di seluruh dunia.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan