Home Klik Di Bawah

Khamis, 1 Mei 2014

Suami Yang Ego

 

Ego berasal dari bahasa latin yang bererti diri sendiri dan dikembangkan menjadi “kepentingan diri sendiri”. Jadi orang yang ego sering mementingkan dirinya sendiri, ingin selalu menang, serta tidak mahu mengalah atau memberi peluang kepada orang lain. Orang yang ego sering mendahulukan kepentingan diri sendiri berlebih-lebihan sehingga merugikan orang lain yang memiliki kepentingan yang sama.

Bagi suami jenis ini, yang penting baginya adalah isteri mahu melayani keperluannya   tanpa pernah mahu berfikir apa kesusahan dan kesulitan isterinya. Selain itu, dia tidak mahu terlibat dalam apa jua masalah atau urusan yang berkaitan dengan keluarga.
 


Sudah tentu menyedarkan suami seperti ini terhadap tanggungjawabnya dalam rumahtangga   tidaklah mudah. Suami yang ego ini selalunya sentiasa mahu orang lain juga sepertinya, tidak boleh kurang sedikit pun dan tidak mahu menerima kekurangan   yang terdapat pada isterinya.

Oleh itu, bagaimana si isteri boleh menghadapi suami seperti jenis ini? antara langkah yang boleh diusahakan oleh isteri untuk menyelamatkan rumahtangganya adalah seperti berikut:

1 – Menerima kenyataan tersebut dengan penuh kesabaran dan pengertian terhadap watak suami dan kesedaran bahawa tidak mudah mengubah watak semacam itu.

2 – Isteri rajin bekerja dan tekun untuk memenuhi keperluannya sendiri dan anaknya dan cuba libatkan suami dalam pekerjaan – pekerjaan yang tidak memberatkan dan  mengganggu hobi suami sehingga suami boleh menyedari bahawa seseorang yang beristeri dan mempunyai anak – anak dituntut untuk memenuhi keperluan hidup sehari – hari keluarganya dengan  sepatutnya.

3 – Tidak banyak bercakap mengenai watak dan karekter suaminya, kerana tindakan ini tidak akan dipedulikan pun oleh si suami
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan