Home Klik Di Bawah

Rabu, 7 Mei 2014

Tips Membina Perkahwinan Yang Berkat


Asalamualaikum,kepada saudara-saudara seislamku,entri ini ditulis atas dasar kasih sayang sesama islam tidak ada niat lain selain itu.

Saudaraku yang ku kasihi,terlebih dahulu aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya mernyinggung perasaan kalian,namun teguran ini terpaksa aku lakukan demi membetulkan kesilapan yang sering di pandang remeh oleh kebanyakan dari kita.Atas dasar"berkata benarlah walaupun pahit"aku terpaksa lakukan teguran ini kerana tidak ingin adik-adikku terjerumus dalan perangkap dosa tanpa sedar.
 
 
 

Saudaraku yang ku kasihi,setiap dari kita pasti mengidamkan sebuah kehidupan yang sempurna dengan pasangan suami -isteri masing-masing.Dalam islam membina keluarga cemerlang dan anak yang soleh dan solehah bermula sejak dari dalam kandungan lagi bahkan sejak dari bercinta lagi.

Bagaimana kita menjaga syariat ketika bercinta akan menentukan apakah rumahtangga yang dibina nanti akan mendapart keberkatan dan redha Allah.Jika pantang larang Allah di langgar semasa bercinta@ bertunang bagaimana kita nak mengharapkan keberkatan dalam perkahwinan nanti.Perkahwinan yang hilang keberkatan di bimbangngi akan mengundang seribu satu macam masalah di kemudian hari

1)Betulkan niat

Pertama ,betulkan niat masing-masing adakah anda berkahwin kerana Allah atau kerana nafsu semata-mata.

2)Pantang larang dalam perhubungan

Benda ini yang kebanyakan dari kita mudah diperdayakan oleh syaitan.Pastikan tidak melanggar syariat dalam perhubungan.Jika kalian benar-benar ikhlas dalam perhubungan dan inginkan hubungan kalian membuahkan sebuah perkahwinan yang berkat pastikan kalian benar-benar mengikuti syariat dalam hal ini.

Dalam hal ini ramai di kalangan kita yang "fail" bahkan saya sendiri pernah melakukan kesilapan yang mungkin lebih teruk dari kalian.astaghfirullah,semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Di bawah adalah kesalahan-kesalahan dalam perhubungan yang dianggap biasa oleh kita.

-Berjalan berduaan dengan tunang tanpa di temani mahram(iaitu wali bagi wanita)

-Terlalu asyik Bersms@berchating perkara-perkara lagha (yang akhirnya mengundang nafsu)

-Keluar berdating di tempat-tempat yang jauh dari orang ramai(walaupun di tepi pantai)

-tengok wayang bersama(pastinya duduk bersebelahan)

-Bertukar-tukar gambar dengan aksi yang manja(kononya untuk pengubat rindu tapi akhirnya jadi benda lain)

-memanggil pasangan  nama-nama manja seperti ayang,manja,baby dan sebagainya(yang mengundang nafsu)

Nampak kecil tapi kesannya sangat besar,pokok balak yang besar datangnya dari anak pokok yang kecik dan 'Bala" atau masalah yang besar datangnya hanya dari setitis air mani yang ditumpahkan pada tempat yang haram.

Saudaraku yang ku kasihi,

Perhubungan dalam masa pertunangan tetap ada batasannya selagi masih belum sah bergelar suami isteri.Adalah haram bagi pasangan islam untuk keluar "berdating"seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Islam membenarkan lelaki dan wanita yang sudah bertunang untuk berdating dengan syarat di temani oleh wali wanita tersebut iaitu,ayah,adik beradik lelaki (yang sudah baligh),bapak saudara dan yang seangkatan dengannya.Adalah masih dianggap satu kesalahan jika yang menemani perempuan tersebut adalah kanak-kanak yang belum baligh atau adik beradik wanita.

Batas-Batas Dalam Pertunangan
Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain sebagai berikut :

"Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama."

Jelas di sini bahawa ikatan pertunangan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan pertunangan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. Firman Allah yang bermaksud :

"Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya." (An-Nisa :34)

Wanita yang soleh adalah wanita yang memelihara kehormatannay sebagai seorang wanita yang suci dan tidak pernah difitnah disebabkan perbuatannya atau keluar berdua-duaan dengan lelaki atau tunangnya. Janganlah mencari 1001 alasan untuk menghalalkan perbuatan yang memang jelas di dalam Islam adalah haram sepertimana keluar berdua-duaan kononnya untuk membincangkan sesuatu masalah, hanya pergi membeli belah dan sebagainya. Allah sangat membenci orang yang sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan perkara yang haram. Jelas bahawa yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak ada perkara yang perlu dipertikaikan lagi.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

"Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal."

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
.
2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui talifon, YM, Facebook dan sebagainya, Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai) sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Paling baik sekali, panggil tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat.
Sumber: ustaznoramin.blogspot.com  

-ijoks2009-  
Ada juga pandangan yang membolehkan pasangan tunang(yang benar-benar berniat nak mendirikan rumahtangga bukannya cople yang lain)untuk keluar makan atau shoping bersama jika dapat memenuhi syarat-sayarat seperti yang di jelaskan oleh UAI dalam video dibawah.

 
Antara syarat-syarat yang saya fahami ialah;jangan menaiki kenderaan yang sama iaitu jangan berdua-duaan dalam kereta,
kalau nak dating guna kenderaan masing-masing kemudian jumpa di tempat awam dan perjumpaan itu atas alasn yang munasabah bukan semata-mata melepaskan rindu masing-masing dan pastikan tidak berlaku perkara-perkara yang menaikkan nafsu samaada melalui percakapan atau perbuatan.
kalau nak tengok wayang boleh tapi duduk jauh jauh..
http://ijoks2009.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan