Home Klik Di Bawah

Ahad, 15 Jun 2014

15 Kepala Tentera Assad Sebagai Mas Kahwin

 
Seorang wanita di Syria meminta sebanyak 15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin dan 50 kepala lagi jika bercerai.

Permintaan luar biasa Aicha Faaourya, 50, itu dibuat ketika dilamar Ahmad Ramilat yang kehilangan dua anaknya akibat kekejaman Assad.

“Ibu tunggal itu meletakkan syarat ngeri selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim itu dua tahun lalu,” menurut laporan media.


Difahamkan, Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat demikian selepas beliau dilamar Ahmad yang juga ketua daerah Aleepo.

“Saya bersumpah memerangi tentera Assad hingga mati. Rejim membunuh suami saya dan kini empat anak saya sedang mencari keadilan untuk keluarga kami,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berikrar menentang rejim selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera awal tahun lalu.

“Saya akan memenuhi hajat Aicha dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya,” katanya.

Keadaan ini berlaku berikutan perang saudara yang berlangsung lebih tiga tahun di Syria. Akibat perang itu, lebih 160,000 orang terbunuh dan lebih dua juta terpaksa menjadi pelarian.
mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan