Home Klik Di Bawah

Ahad, 29 Jun 2014

18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya


18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya
Masing-masing resah dengan kenaikan harga barang yang melebihi jangkaan dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berwajib tentangnya. Harap langkah mengawal harga barang memberi impak besar terhadap pengguna yang terpaksa membuat bajet yang ketat bagi melangsungkan hidup selama sebulan dengan gaji tetap terutama bagi kaki tangan kerajaan yang sederhana dan rendah tidak terkecuali pekerja swasta.
KPDNKK umum 18 barang harga terkawal
 
 
 
18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barang harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan menjelang Ramadan dan Hari Raya Puasa 2014.
 
Penetapan harga barang terkawal itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Datuk Seri Hasan Malek sebentar tadi, dengan tempoh kuat kuasa bermula 20 Julai hingga 5 Ogos di seluruh negeri. 
 
Menurutnya, KPDNKK menetapkan harga maksimum borong dan runcit itu berdasarkan maklumat harga hasil pemantauan harga di semua daerah di seluruh negeri bermula Januari hingga Mei lalu. 
 
"Senarai harga barang di seluruh negeri berkenaan berbeza disebabkan kos logistik.
 
"Undang-undang mewajibkan peniaga menjual barang terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang harga terkawal bagi membezakan dengan barang-barang lain," katanya.
 idasyuhada.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan