Home Klik Di Bawah

Sabtu, 21 Jun 2014

Batasan Yang Dibolehkan Untuk mengumpat



batasanmengumpat

Semua nas-nas ini menunjukkan kepada kita tentang sucinya kehormatan peribadi manusia dalam kacamata islam. Namu, begitu di sana ada gambaran-gambaran yang dikecualikan oleh para ulama islam daripada mengumpat yang diharamkan, iaitu dikecualikan jika dalam keadaan darurat sahaja.


Diantara hal-hal darurat itu ialah bila orang terzalim (teraniaya) mengadukan hal dan perbuatan orang yang menzaliminya, penganiayaan yang dibuat terhadap dirinya, disebutkan apa yang tidak menyenangkan hatinya dari apa yang benar-benar berlaku. 
 

Orang ini , memang dibolehkan dia menceritakan kezaliman yang menimpa dirinya, dan boleh membuat pengaduan ke atas orang yang menzaliminya. Allah swt telah berfirman:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Ada kalanya seseorang bertanya kerana ingin tahu tentang diri orang lain kerana dia mahu berkongsi dengannya pada sesuatu perniagaan, atau dia mahu mengahwinkan anak kepada seseorang, atau seseorang ingin mengangkatnya untuk menjawat sesuatu kerja yang penting. Maka disinilah bertentangan bertentangan kewajiban memberikan nasihat dalam agama dengan kewajiban menjaga kehormatan orang, yakni tidak ada dihadapan matanya.

Tetapi dalam hal ini , kewajipan yang pertama adalah lebih penting dan lebih suci.

Sekali peristiwa datang Fatimah binti Qais kepada Nabi saw untuk meminta nasihat beliau dari hal dua orang lelaki yang datang untuk meminangnya, maka Nabi saw tidak menyembunyikan keadaan mereka yang sebenarnya dengan berkata : Yang pertama adalah miskin papa dan tidak mempunyai apa-apa. Lelaki keduanya tegasnya suka memukul isteri. Seterusnya beliau menyerahkan perkara itu untuk dipilih sendiri oleh wanita yang bertanya itu.

Diantara lagi, meminta fatwa , maka orang yang ditanya mesti membilang apa yang benar.

Diantaranya lagi, ialah memohon bantuan untuk mengubah kemungkaran mesti memberitahu apa yang benar.

Diantaranya lagi, nama gelaran yang kurang elok tetapi sudah dikenali ramai contohnya si Buta atau si Pekak.Menjadi saksi sesuatu perbicaraan, maka jika penyaksiaannya menyebutkan keaiban supaya tidak ditolak penyaksiannya.[1]

Jadi , mengumpat dibolehkan dalam keadaan ini adalah bergantung kepada dua perkara :

1- Keperluan yang mendesak .
Maka bila tidak ada keperluan mendesak untuk menyebut sesuatu tentang orang yang ghaib dari hal yang tidak disukainya, maka kalau keperluan mengumpat itu boleh diisyaratkan dengan mengatakan umum sahaja tidak perlulah sampai menyebut si fulan bin si fulan. Itu pun mengumpat pada perkara yang benar sahaja jika tidak ia dikira dusta dan berdosa.

2- Tentang Niat dan Tujuan Mengumpat Itu
Tentang niat dan tujuan mengumpat itu, maka ada garis penentu yang amat penting . Samada tujuan untuk membuat zalim, atau sengaja memburuk seseorang itu, atau mengkritik orang lain.Tersebut di dalam sebuah hadis Nabi saw :

"Sesiapa yang menolak orang yang mencaci kehormatan saudaranya di dunia , niscaya Allah akan menolak api neraka dari mengenai wajahnya di hari kiamat"
(Riwayat Tarmizi)

Maka barangsiapa yang tidak punya semangat yang baik dan tidak mampu mengawal lisannya. Maka hendaklah dia menjauhkan diri dari mengumpat atau majlis mengumpat dari menambah-nambah topik yang tidak sewajarnya. Kalau tidak , wajarlah jika dimasukkan ke dalam kumpulan orang-orang disebutkan Allah swt di dalam firmannya ini :





[4:140] Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam,

Nota [1] 
Rujuk kitab 'ihya Ulumiddin' oleh Imam Ghazali pada fasal bahaya lisan dalam bahagian Rub'ul Muhlikat. Rujuk juga Syarah Muslim, oleh Imam Nawawi dan risalah 'Raf'ur-Ribah' dalam hal-hal yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan dari mengumpat , karya Imam Asy-Syaukani. 

Petikan : 
Buku "Halal dan Haram Dalam Islam" 
Halaman 518-522
Dr.Yusuf Al-Qardhawi
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan