Home Klik Di Bawah

Rabu, 11 Jun 2014

Info -Asal-usul Penggunaan Isyarat Kecemasan MAYDAY

Mayday adalah prosedur panggilan yang digunakan sebagai isyarat kecemasan didalam komunikasi radio.


MAYDAY MAYDAY MAYDAY  

Prosedur Mayday berasal pada tahun 1923 oleh Frederick Stanley Mockford iaitu seorang pegawai kanan radio di Airport Croydon di London.

Beliau telah diminta untuk memikirkan satu perkataan yang akan menunjukkan kecemasan dan akan mudah difahami oleh semua juruterbang dan ground staff dalam keadaan kecemasan.




Disebabkan lalu lintas yang sibuk pada masa itu adalah antara Croydon dan Le Bourget Airport di Paris, beliau mencadangkan perkataan ”Mayday” yang diambil dari Perancis iaitu ”m’aider” (”venez m’aider” yang bermaksud ”datang membantu saya“).

Didalam penerbangan, panggilan radio Mayday hanya diperuntukkan untuk kecemasan di dalam situasi kritikal sahaja yang mengancam nyawa anak kapal dan penumpang.


  

Jika situasi ini berlaku, juruterbang akan membuat panggilan kecemasan dengan menyebut perkataan ini sebanyak 3 kali, “mayday mayday mayday”.

”Situasi kecemasan yang dimaksudkan termasuklah seperti juruterbang menghadapi masalah tidak dapat mengawal pesawat ataupun terdapat api di dalam pesawat yang tidak dapat dipadamkan.

Bila sesuatu pesawat mengishtiharkan situasi mayday, pesawat tersebut akan diberikan keutamaan yang tertinggi di dalam trafik udara. Kesemua pesawat lain perlu memberi bantuan sedaya mungkin termasuk memberi laluan trafik kepada pesawat kecemasan tersebut dan tidak menggunakan komunikasi radio dengan pengawal trafik udara sehinggalah situasi kecemasan itu berakhir.

Panggilan isyarat mayday juga tidak boleh dibuat sesuka hati oleh juruterbang kerana jika didapati bersalah membuat panggilan mayday palsu, juruterbang tersebut akan dikenakan hukuman termasuklah dipenjarakan.

Pan Pan

A380 Qantas Flight 32  

Lagi satu panggilan kecemasan ialah “pan pan”. Panggilan pan pan (di sebut sebanyak 3 kali) merupakan isyarat yang digunakan oleh juruterbang untuk memberitahu terdapatnya masalah yang dihadapi didalam pesawat dan bantuan diperlukan.

Perkataan pan-pan juga diambil dari Perancis “panne” yang bermaksud “breakdown” atau rosak. Ini merujuk kepada situasi kerosakan yang dihadapi oleh pesawat. Perbezaan isyarat “mayday” dan “pan pan” ialah situasi ‘pan pan” tidaklah mengancam nyawa seperti isyarat mayday.

Sebagai contoh pada tahun 2010, pesawat A380 Qantas Flight 32 membuat panggilan “pan pan” bila salah satu enjinnya gagal diudara sejurus selepas berlepas dari Singapore ke Sydney.

Juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik ke Singapore dan akhirnya pesawat tersebut mendarat dengan selamat. Tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan dari insiden ini.
 https://mudabahaya.wordpress menerusi sentiasa panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan