Home Klik Di Bawah

Ahad, 15 Jun 2014

Keberanian Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Yang Mungkin Tiada Pada Kita

  
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Mesti pernah dengan "Dimana kemahuan di situ pasti jalannya ".Itulah ungkapan yang sering di gunakan untuk menghampus segala alasan yang ingin di berikan.

Jika kita di suruh berucap di hadapan 200 orang bagaimana reaksi kita ? berketar-ketar ? tak keruan dan hilang kata-kata. Tetapi itu sebenarnya kita boleh lakukan tapi sayangnya kita telah setkan di minda kita bahawa kita tak boleh lakukan, malu ,segan dan sebagainya. 


Sebenarnya acik ingin kongsikan sesuatu kepada semua, betapa kagumnya acik dengan seorang kanak-kanak ini. Namanya ialah Zhang Junhao,dia baru berusia 3 tahun dari Shandong Province. Walaupun masih kecil tetapi semangat dan usahanya lebih besar dari umurnya. 




Di usia ini dengan yakin dan semangat membuat persembahan yang begitu comel dan menghiburkan ramai orang.  Suka acik melihat keletehnya dan tarian mengikut bit lagu-lagu yang di mainkan dan tariannya begitu melucukan. Paling acik tertawan adalah apabila dia membuat aksi robot, memang comel ,siap dengan gaya robot yang memukau. 

Di tanya oleh juri : Adakah kamu takut ? 
Jawabnya dengan yakin : tidak !
Ditanya lagi : Jika kamu tidak kisah, kenapa kamu suka menari ?
Dia menjawab : Kerana saya suka menari, bila saya menari ibu saya ketawa, ibu kata dengan saya ketawa itu adalah kebahgiaan 

Impiannya adalah untuk buat orang gembira kerana saya gembira.Betapa berani anak ini, semoga membesar menjadi anak yang baik dan bantu keluarga. Jadi kita yang besar dan sudah matang ini, jika ingin buat sesuatu itu kena yakin dan percaya pada diri. Tetapi haruslah perkara yang baik ,jangalah pula pekara yang negatif. Allah telah merancangan sebaiknya untuk kita, tinggalkan kita memilih jalan yang mana yang kita mahukan. 

Untuk lihat kelucuan anak comel ini boleh saksikan di video di bawah ini. 
http://www.akupenghibur.com

1 ulasan:

  1. Apabila anak 'diwarnakan' sebaiknya, maka akan bersinarlah cahayanya..:)

    BalasPadam