Jangan baca artikel ini sampai habis!
Reverse psychology sesuai digunakan kepada orang yang degil, ego dan terlebih yakin.
Psikologi terbalik akan berlaku apabila seseorang yang ego buat apa
yang dilarang untuk membuktikan arahan orang yang suruh tu salah. Mereka
anggap anda merendahkan kebolehan mereka dalam membuat keputusan.
Antara situasi yang boleh diaplikasi ialah diantara bos dengan pekerja,
ibu bapa dengan anak dan juga diantara rakan2.
Kebaikan reverse psychology; akan motivasi seseorang untuk buat
sesuatu perkara yang memberi hasil positif. Manakala keburukan reverse
psychology; akan buat seseorang hilang kepercayaan terhadap anda kerana
berasakan anda telah memanipulasi dan merendahkan diri mereka.
http://effortlab.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan