Home Klik Di Bawah

Isnin, 9 Jun 2014

Punca Suami Tiba-tiba Berubah Sikap Dan Dingin



Suami atau lelaki lebih popular dikaitkan dengan punca keruntuhan kebahagiaan rumahtangga, malah ia diperkuatkan lagi dengan paparan berita mengenai sifat suami yang tidak bertanggungjawab atau bermain kayu tiga (tidak jujur dengan isteri)

Bagaimanapun realitinya tidak semua suami begitu dan ada suami yang baik tetapi isterinya pula sebaliknya
Naluri seorang suami adalah sentiasa berkehendakkan layanan isterinya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya

Disinilah peranan isteri untuk mencari punca perkara ini berlaku, jika dibiarkan secara berterusan ia akan mewujudkan konflik yang mampu membuatkan rumahtangga yang dibina itu runtuh begitu sahaja

Sebelum membuat andaian negatif keatas suami, seseorang wanita itu perlu menilai kembali peranannya sebagai seorang isteri. Adakah dirinya sudah membuat yang terbaik untuk suami?

Berikut adalah senarai punca suami tiba-tiba berubah sikap dan dingin



Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan isteri tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya

Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda

Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks

Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika boleh beri lebih daripada itu pastinya akan menambah lagi sayang seorang suami kepada isterinya

Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja

Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga

Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan

Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini

Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian
Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim
Jika senarai diatas tidak langsung berkait-rapat dengan anda (isteri) akan boleh merasa curiga terhadap suami anda. Berkemungkinan suami anda curang!

Berikut adalah senarai popular tanda-tanda suami curang

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara

 http://www.mysumber.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan