Home Klik Di Bawah

Jumaat, 18 Julai 2014

Fakta Menakjubkan Briged Al-Qassam (Menarik!)

al-qassam 2
Sesiapa yang mengikuti secara dekat konflik Israel-Palestin yang sedang bergolak buat sekian kalinya sekarang ini pasti akan mendapati sesuatu perkara yang cukup osem dan mengagumkan; keupayaan Briged Izzuddin al-Qassam membuat kejutan demi kejutan dari segi kekuatan dan strategi ketenteraan, bukan sahaja terhadap Israel laknatullah malah terhadap seluruh umat dunia.

Yang terbaru adalah apabila al-Qassam buat pertama kalinya memiliki para tentera amfibia yang menyerang pengkalan tentera laut Israel secara mengejut. Hal ini menyebabkan Israel terpinga-pinga dan tidak boleh tidur malam. Begitu juga dengan roket-roket buatan tangan al-Qassam seperti R160 (Rantissi 160) yang kini sudah berupaya untuk pergi sejauh Haifa, bandar yang paling utara di dalam negara Israel haram laknatullah.
Pergh.
 


Apa yang lebih mengujakan dan membuatkan ramai yang tergaru-garu kepala adalah apabila kita mengambil kira fakta bahawasanya Ghazzah dikepung dan dihsekat daripada mendapatkan bekalan dari dunia luar setiap masa dan ketika. Tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas kerajaan Hamas menjadikan kehidupan rakyat Ghazzah sengsara dan menderita.

Lantas timbul persoalan, bagaimana Briged al-Qassam mampu memperoleh kelengkapan senjata yang boleh tahan canggihnya dan dapat pula menyusun strategi peperangan yang licik dan hebat?

Untuk menjawab teka-teki teka tekok ular mati dalam mangkok. Eh. Untuk menjawab teka-teki yang bermain di dalam kepala kita itu, terlebih dahulu kita mesti bertaaruf dengan Briged al-Qassam ini. Oleh sebab itu saya mahu berkongsikan beberapa fakta ringkas tetapi saya kira cukup penting dalam kita mengenali Briged al-Qassam dengan lebih dekat.

Anda sudah bersedia? Maaf kali ini tidak disediakan bertih jagung perisa karamel keju mahupon segelas jus oren segar memandangkan kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Eheh.

Fakta #1 
Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991.Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan.

Fakta #2
Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20.
Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama’ mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid di Ya’bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin.

Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu…??
Saya tak mampu. Nanges.
Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam kalangan kaum wanita.
Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur.

Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar 25,000 orang.
Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk berjihad sahaja yang akan dipilih.

Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.
Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut.

Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan kehebatan dan keoseman briged ini.

Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!
Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka.

Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh.

Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!
Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti! Allahu Akbar!

Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah.

Fakta 9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan pada September 2000.

Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
  • Wajib mempeljari tafsir al-Quran
  • Wajib menghabiskan bacaans atu juzuk setiap hari (ODOJ)
  • Wajib menghafal hadith arbai’n
  • Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat
Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.

Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka!    

Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak

Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha.Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam.
Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?

Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini.  Bijak kan? Senyum.

Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya , tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat.” 

[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]

Lap air mata.

Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.

Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.

Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.

“Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau’d!”
-gabbana-

Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui hapdet-hapdet terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada al-Qassam.

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya. Amin ya robbal a’lamin!
sumber: angelwearsgucci.blogspot.com menerusi amekaw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan