BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Seorang
hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan
hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..” Ya, saya bersyukur.
bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah,
banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan
dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan
seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas. Kisahnya
bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan
saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan
wajah beliau, sejuk rasa hati saya. Kami jadi rapat & saya selesa
berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya
tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam
banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya? Maksud saya, kenapa beliau
memilih saya sebagai kawan rapat? Beliau seorang yang berilmu, mempunyai
ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat
dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan
beliau sangat berbeza. Dan.. Pertama kali dalam hidup saya selama 21
tahun saya rasa saya BERSAHABAT KERANA ALLAH. Tapi.. Takdir Allah
mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu
apa) dan kami jadi renggang.
Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi.
Macam-macam perasaan dalam hati saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya
selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa
saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH. Lebih kurang 2 bulan
selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul
dalam diri saya. Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih
baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi
bersemangat. Saya cakap dengan diri saya sendiri “walaupun tanpa dia di
sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang
dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah
tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku
berubah itu pun pasti sedih..”. Saya cuba fikir positif, mungkin Allah
pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena
bersyukur walaupun sedetik cuma.
Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab. Walaupun tak
sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah. Saya
rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang
yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina(Wardina),
Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lg, saya pergi kuliah
di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik, saya mula labuhkan
tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin. Saya belajar erti redha
dengan ketentuan Allah. Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya
membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. biarlah
perasaan itu terbuku di hati. Saya selalu ingatkan diri saya tentang
mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur
sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat
kelak? Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini. Syukur kepada
Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati. Bila kita
cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan.. Allah akan
hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses
perubahan kita itu. Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah
beri saya hidayah. Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat
mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah pertemukan
saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia. Saya belajar sesuatu,
bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau
kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan
itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan
itu, kita akan jatuh tersungkur. Tapi andai kita belajar dari kesilapan
yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita
merawat luka di hati.
Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya
yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini. Saya nak
kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya
tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat? Ada..
KEMBALI KEPADA ALLAH. Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa
itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan
itu, in shaa Allah”. Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat?
Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini. Saya anggap ia satu ujian
daripada Allah untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa
sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah.
Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa
mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di
akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga. Terima kasih untuk segalanya,
jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya
kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak
membalasnya. Barakallahu Fik.
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk
duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa
yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa,
patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf
dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk
menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat
bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi
saya. saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan
iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi,
pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah?
Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik &
begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu
mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak
bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan
kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah
bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa
Allah ia kekal selamanya.
Kepada
sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan
kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..
Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup
berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh
hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya
hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi
meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri,
hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik?
SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada
Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari
meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada
kita.” Sama-samalah kita renungkan…
Akhir
sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa.
Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang
daripada diri saya sendiri. Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
i lu islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan