Home Klik Di Bawah

Isnin, 7 Julai 2014

Info - Penawar Mulut Berbau Semasa Berpuasa

Bau mulut adalah masalah klasik semasa berpuasa. Mengapa ianya terjadi? Semasa berpuasa, mulut jarang mengunyah sehingga air liur yang dihasilkan sedikit.

Padahal, air liur berfungsi untuk menjaga pH atau darjah keasidan sehingga menghambat bakteria yang bersarang di mulut.

Bakteria itulah yang menyebabkan mulut berbau kurang enak. Sebagai penyelesaiannya, minumlah yogurt, baik semasa bersahur mahupun berbuka.
 
 


Profesor Hardinsyah dari Institut Pertanian Bogor menjelaskan yogurt sebagai minuman hasil fermentasi mengandung bakteria-bakteria baik seperti Lactobacillus bulgaricus dan Stereptococus thermopilus.

"Bakteria tersebut bersifat asid yang dapat menjaga keseimbangan pH sehingga membunuh bakteria jahat didalam mulut," ujarnya.


10 Kebaikan Yoghurt Kepada Kesihatan

Yoghur sangat popular di kalangan masyarakat kini, samada pada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Berikut 10 manfaat kesihatan yang diperolehi dari pengambilan yogurt, seperti yang dilaporkan oleh Times of India, Selasa (4/6/2013):

1. Menjaga tulang tetap sihat
Semangkuk yoghurt boleh memberi anda banyak kalsium dan vitamin D. Kedua komponen ini sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang. Kalsium yang ada di dalam yogurt juga membantu menjaga kepadatan dan menguatkan tulang sepanjang hidup anda. Dengan demikian, penggunaan yogurt membantu untuk mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

2. Mudah dicerna
Sesiapa yang mengalami intoleransi laktosa kerana beberapa alergi, dapat menikmati dan mendapat manfaat daripada yogurt dengan baik. Sebab, yoghurt lebih mudah dicerna berbanding susu. Kultur aktif yang hidup di dalam yogurt mencipta laktase, yang akan membantu meningkatkan penyerapan laktosa kepada mereka yang bermasalah.

3. Mengandung bakteria baik
Yogurt mempunyai kultur aktif dan hidup. Ini bermakna ia mempunyai probiotik, yang hidup di saluran pencernaan anda. Probiotik ini menghilangkan semua mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada usus atau organ sistem pencernaan lain. Probiotik juga membantu fungsi kerja sistem pencernaan dan mengukuhkan sistem kekebalan tubuh.

4. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Tak hanya kalsium, yogurt juga mengandungi banyak kalium. Kandungan kalium dalam yoghurt membantu menurunkan tekanan darah.

5. Baik untuk kesihatan kulit
Yoghurt membantu anda untuk mempunyai kulit bersih dan mulus. Asid laktik dalam yogurt bertindak sebagai exfoliator, yang membantu menyingkirkan sel-sel mati. Selain dimakan, anda juga boleh menggunakan yogurt sebagai masker agar kulit wajah lebih sihat.

6. Mengandung pelbagai jenis vitamin
Satu hidangan yogurt boleh memberikan pelbagai nutrisi seperti kalium, fosforus, vitamin B5, seng, iodin dan riboflavin. Yoghurt juga kaya akan vitamin B12, yang diperlukan untuk menjaga sel-sel darah merah dan menjaga fungsi kerja sistem saraf.

7. Meningkatkan daya imunisasi tubuh
Mengambil yogurt setiap hari dapat membantu menghasilkan kekebalan tubuh lebih tinggi. Probiotik yang ada juga membantu merangsang sel darah putih melawan jangkitan dalam aliran darah.

8. Mengurangkan risiko jangkitan fungus
Kajian telah menunjukkan bahawa makan yoghurt dapat mengurangkan dan kejadian jangkitan akibat fungus dalam faraj.

9. Meningkatkan kesihatan usus
Kultur aktif yogurt membantu meringankan keadaan pencernaan tertentu seperti intoleransi laktosa, sembelit, cirit-birit, kanser usus besar dan penyakit usus.

10. Membantu menurunkan berat badan
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh International Journal of Obesity pada tahun 2005, pengambilan kalsium melalui yoghurt membantu tubuh menggunakan lemak yang tersimpan. Dengan ini, ianya membantu anda mempunyai badan yang lebih ramping.


-detikhelth

Tiada ulasan:

Catat Ulasan