Home Klik Di Bawah

Jumaat, 25 Julai 2014

Kisah Benar Dr Hafidzi Dengan Pramugari MAS

Dalam kesibukan mengikuti isu serangan ke atas Gaza, saya rasa perlu juga membuat sedikit coretan ttg MH17. MAS amat dekat di hati. Terlalu banyak catatan yg boleh dikongsikan sejak pertama kali menaiki pesawat MAS (ketika itu Malaysian Airline System) kira kira 34 tahun yg lalu. Bahkan itulah pertama kali menaiki pesawat kerana melanjutkan pelajaran ke United States sekitar awal January 1982. Maiden flight saya adalah dari Subang ke Airport Tokyo (bukan Narita lagi masa tu- kalau tak silap Haneda) sebelum mengambil connecting flight Northwestern ke Anchorage dan seterusnya ke Chicago. Sejak dari itu semenjak menjalani kehidupan sebagai student selama 10 tahun di perantauan MAS seringkali membawa saya meninggalkan dan pulang ke tanah air baik dari Los Angeles, London dan Tokyo. Memang tidak dapat dinafikan setiap kali melangkah masuk ke kabin dan disambut oleh pramugara/i nya terasa berada di tanah air terutama bila mengambil penerbangan pulang ke kampung halaman.


maxresdefault 




Kini MAS tetap menjadi pilihan dalam penerbangan dalam dan luar negara terutama jika tiket dibiaya. Jika penerbangan lain yg menjadi pilihan hanyalah kerana faktor kos seperti kerana menghadiri konferens dan menjalankan misi Aqsa Syarif ke Gaza, Syria dan Lubnan.

Yg terakhir saya dan isteri menaiki pesawat MAS ialah ke Sydney pd 2 julai baru ini (awal ramadan) – Flight MH123 juga meninggalkan pengalaman berbekas di hati. Ketika fajar mula terbit di kaki langit seorang peramugari menegur kami ‘kalau encik nak solat ada tempat solat disediakan. Biasanya memang kami solat di tempat duduk sahaja. Kami merasa amat berbesar hati atas khidmat ini dan menghargai crew flight MH123 kerana menyediakan ruang solat, sejadah dan curtain untuk keselesaan penumpang yg hendak mengerjakan solat. Semuga Allah memberkati khidmat tuan-puan ketika berada 10 ribu meter di ruang angkasa.

MAS tetap terbaik kendatipun kritikan yg dilemparkan kepadanya. Budi dan pengorbanan kalian tetap tersemat di hati. Semuga Allah mengurniakan pahala syahid kepada semua crew MH17 yg beragama Islam dan doa kami untuk semua yg terkorban di dalamnya. Tidak dilupakan juga kepada keluarga mereka yg ditinggalkan. Semuga Allah memberi kesabaran dan pahala yg besar atas kehilangan yg tragis ini. Tidak lupa juga kpd MH370 yg sehingga ini belum ada khabar berita. Anda dan keluarga tetap dalam doa kami semua
 http://kisahbest.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan