Home Klik Di Bawah

Isnin, 7 Julai 2014

Lagi Pesanan Terakhir Datuk Sharifah Aini


Hajah Sharifah Aini menemui Khaliq penciptanya di awal jam 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana jangkitan kepada paru paru. Allahyarhamah sebenarnya seorang yang penyayang. Di samping putera tunggalnya Aliff, Allahyarhamah juga memerlihara beberapa orang anak angkat . Berikut adalah pesanan terakhir Allahyarhamah.





إنا لله وإنا إليه راجعون ..عظم الله أجركم

Posting yang cukup panjang lebar telah dimuatnaik oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Khalilah Mohd Talha yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad.

Dalam posting tersebut, Khalilah memberitahu bahawa Kak Pah kini sedang menjalani rawatan rapi dari pakar perubatan di sebuah hospital swasta.

Biarpun begitu, Kak Pah sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya buat semua peminat-peminatnya khususnya mereka yang sering berinteraksi dengannya menerusi laman sosial rasmi, Facebooknya.

Pesanan Kak Pah memang cukup sayu hingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Ikuti pesanan Kak Pah ini untuk mengetahuinya sendiri.

Inilah pesanan Kak Pah:

“Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH! Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah . Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini

 
http://greenboc.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan