Home Klik Di Bawah

Khamis, 10 Julai 2014

Pesawat Boeing Yang Diangkut Dengan Keretapi Mengelongsor ke Sungai.


 Foto ini memang kelihatan seperti salah satu adegan dalam filem Hollywood. Tiga buah pesawat Boeing 737 ini mengelongsor ke sungai selepas keretapi yang mengangkutnya terkeluar dari landasan. Kapal terbang  itu tergelincir dari tanah di ketinggian dan meluncur masuk ke sungai Clark Fork di Montana.


 Perkara itu terjadi selepas kereta api yang mengangkut tiga pesawat besar itu terkeluar dari landasan. Jurucakap Montana Rail Link, Lynda Frost, mengatakan bahawa insiden itu adalah yang pertama kalinya. Untungnya, tidak ada yang terluka dalam insiden itu. Kereta api yang menarik 19 gerabak itu tergelincir sekitar 10 km sebelah barat dari Alberton.




 Hingga saat ini penyebabnya masih dalam siasatan dan diduga bukan kerana masalah kelajuan kerana tidak ada rekod kesalahan kelajuan. Semenara itu, landasan tersebut telah dibuka semula pada Sabtu, 5 Julai, selepas kejadian. Menurut Pihak Boeing, gerbong keretapi membawa 6 pesawat 737 untuk pemasangan ketika dalam perjalanan dari Wichita. 


Keenam rangka pesawat yang diangkut itu merupakan 14 peratus daripada pengeluaran bulanan Boeing 737. Keretapi itu juga membawa panel rangka pesawat 777 dan rangka luar pesawat 747.






 

1 ulasan: