Home Klik Di Bawah

Selasa, 8 Julai 2014

Renungan -Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

Setiap detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.  Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun dosa kecil.
taubat 

Bertaubat menginsafi dosa adalah jalan terbaik dalam kehidupan manusia
Dalam  pada kita berusaha untuk bertaubat padaNya,  ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah…iaitu :




1. Makan harta anak yatim secara haram

Dalam hal memakan harta anak yatim ini, amatlah berat dosanya kerana hak anak yatim dinafikan.  Bukan tidak ada yang melakukannya, malah ada yang secara terang-terangan merampas harta anak yatim.  Namun, untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.  Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah si pemakan harta tadi boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak lagi terhapus.

2. Menuduh wanita solehah berzina

Bagi orang  yang menuduh wanita solehah melakukan perbuatan zina, hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah si penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT).

3. Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT

Bagi mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga Allah.  Dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan perang (jihad) sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan daripada Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4. Melakukan sihir

Melakukan sihir adalah dosa syirik  kepada Allah SWT.  Bagi orang-orang yang  melakukan perkara sihir (pengamal sihir) adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT.  Sememangnya  tidak layak untuk bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali dua kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5. Menyekutukan Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk

Menyekutukan Allah SWT sama ada  melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakanNya.

6. Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

Barangsiapa  yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah.
Sumber  :  Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532
 http://bicarasantai.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan