Home Klik Di Bawah

Rabu, 9 Julai 2014

Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Sedap

Wah..bukan main lagi tajuknya..Tapi memang sedap ikan siakap bakar ni. Semua ni gara-gara selepas makan ikan bakar kat Port Dikson hari tu la ni. Kalau hari tu makan ikan talipia merah bakar, kali ni nak cuba bakar sendiri ikan siakap ni menggunakan bahan-bahan yang di tokok tambah sendiri. Tapi, rasanya lebih kurang, sedap..hehe..

 
 
 

Ikan Siakap Bakar Berempah
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan dibelah tengah
  • 4 helai daun limau purut - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sudu kecil garam - dikisar
  • 1 sudu besar gula - dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 2 sudu cili giling - dikisar
  • Sedikit serbuk perasa maggi/ajinomoto - dikisar
  • Sedikit air
  • Aluminium foil/daun pisang
Cara-cara:
  1. Kisarkan semua bahan-bahan kisar sehingga halus, sekata menggunaka blender yang di tambahkan sedikit air.
  2. Siap kisar boleh la lumurkan pada ikan yang dibelah. Masukkan sekali daun limau purut yang dihiris. Simpan sedikit untuk hiasan.
  3. Kemudian perapkan ikan yang telah dilumur dengan bahan perap tadi lebih kurang dalam 1/2 jam.
  4. Sebelum tu panaskan oven dengan suhu antara 200-250 darjah celcius. 
  5. Letak ikan dalam aluminium foil dan masukkan dalam oven dan panggang selama 10-15 minit. 
  6. Setelah masak, keluarkan. Untuk keringkan sedikit kuah/berair, masukkan sekejap dalam pemangang ajaib. Biarkan sehingga kulit ikan agak garing dan lembab sedikit.
  7. Pastu boleh angkat, dan hidangkan di atas pinggang. Taburkan dengan lebihan daun limau purut untuk hiasan.
  8. Sedap dicicah dengan air asam dan sos kicap.

Selalunya ikan bakar ni sedap dicicah dengan air asam. Tapi kadang-kadang suami request juga sos kicap sekali. 


Air Asam

Bahan-bahan:
  • 2 sudu kecil asam jawa (Adabi Xtra)
  • 1 biji limau nipis (diperah jus)
  • 1 sudu cuka makan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit belacan 
  • 4-5 biji cili padi (dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang merah (dimayang)
  • Sedikit air masak
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau sekata sehingga gula, garam semua larut.
  2. Masukkan sedikit air masak jika nampak pekat sangat. 
  3. Siap.
 

Selamat Mencubakisahkita-story.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan