Dikalangan Bani Israil
dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai
wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya.
Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya.
Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya
sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang
daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesona dengan
ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu
kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat
jahat di hatinya. “Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya
kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan
sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas
keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini.” Kemudian permaisuri itu
menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki
tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan
permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, “Orang muda! Kamu jangan
khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia
memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu,
gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan
terkutuk itu!”
Permaisuri cuba
juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya.
Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu enggan
memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian
permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap
istana.
Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai
permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam
istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan
lelaki itu naik ke menara istana. Apabila telah berada di puncak
istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama
70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dari menara yang tinggi itu.
Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: “Wahai Jibril!
Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan.
Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”
http://www.kisahteladan.info/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan