Home Klik Di Bawah

Khamis, 24 Julai 2014

Tiada Kaki Bukan Penghalang WANG XIAOBING Berjaya Dalam Kehidupan


Kekurangan daya upaya ada dijadikan alasan oleh sesetengah individu untuk give up on life. Tetapi bagi Wang Xiaobing (33) dari bandar Zhangjiakou, Provinsi Hebei ianya bukan alasan. Wang kehilangan kedua-dua belah kakinya pada usia 7 tahun akibat kebakaran. Kerana kesempitan hidup beliau hanya menerima pendidikan sehingga sekolah menengah. Habis sekolah beliau bekerja sebagai tukang kunci dan pembaiki kasut. Pada tahun 2011 beliau menerima dana dari kerajaan tempatan untuk menjadi seorang peladang dan kini kehidupan beliau semakin senang. Ketabahan beliau berusaha walaupun tidak mempunyai anggota yang sempurna membuatkan Li Chengmei jatuh hati pada beliau pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dianugerahkan seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun. Kerana semangat beliau yang tinggi Wang diberikan gelaran "Legless Tough Guy". Respect!

 
 pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan