Home Klik Di Bawah

Isnin, 21 Julai 2014

Tips duit gaji jadi berkat

Anda sudah bekerja? Terima gaji tapi tak pernah rasa cukup??? Sila baca “7 tips agar duit gaji jadi berkat” ini.

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit???

Pesanan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!



2. Jangan dilupa “Tabung Haji“, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Niat @ Nawaitu” itu telah ada! Setidak-tidaknya anda dah dapat pahala niat. Dan pasti ia akan direalisasikan satu hari nanti insyaAllah.

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah pasangan anda! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu orang susah atau anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana ia sabit dengan hadis Rasul sollallahu’alaihi wasallam.

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan & saudara-mara.
Akhir sekali, sila baca nasihat Ustaz Azhar Idrus ni…

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah. Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut taik idung masin.
Muhasabahlah diri kita. Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
Rasulullah sollallahu’alaihi wasallm bersabda (yang bermaksud) :
“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”(Hadith riwayat al-Bukhari)
Pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan