Home Klik Di Bawah

Ahad, 20 Julai 2014

Yakinlah, Pertolongan Allah Pasti Datang

Ketika berada dalam kesusahan, kebanyakan manusia hanya boleh mengeluh, kecewa, kebingungan dan ada yang putus asa dengan mengakhiri hidupnya. Perbuatan seperti ini sememangnya tidak disukai oleh Allah. Kerana apa? Allah sudah menjanjikan atas kamu bahawa Allah akan menolong hambanya yang berada dalam kesusahan. Apa kamu tidak menyedari hal itu? Atau kamu tidak mengetahuinya? 

Kini saudara kita yang berada di Palestin sedang menghadapi ujian dari Allah SWT. Mereka harus mempertaruhkan harta, jiwa dan raga demi mendapatkan hak mereka. Mereka kuat dalam menghadapi pergolakan tersebut, mengapa kita tidak? 
 

Ujian yang cukup besar yang diterima oleh saudara-saudara kita merupakan pengajaran untuk kita. Sesungguhnya dengan keimanan yang meyakini akan adanya Allah, ujian sebesar apa pun akan sanggup untuk dilakukan. Bahkan akan terasa ringan apabila kita menempuhinya. 

Memang masih ada segelintir saudara kita yang berada di Gaza, kini mula kehilangan semangat hidupnya. Untuk itu marilah kita beri semangat kepada saudara-saudara kita agar semangat mereka untuk berjihad di jalan Allah muncul kembali. Yakini lah bahawa Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada setiap hambanya yang beriman. 

Banyak contoh-contoh dari kisah para nabi dahulu yang menunjukkan pertolongan Allah kepada mereka. Misalnya, kisah Nabi Musa dan Bani Israil yang sedang dikejar oleh Firaun dan pengikutnya. Ketika pengikut Firaun sudah hampir mengejar pengikut Nabi Musa, pengikut Nabi Musa sudah merasa bimbang. Mereka kecewa dan tidak tahu lagi untuk berbuat apa-apa. Tapi, Nabi Musa bersikap tenang. Lalu Nabi Musa memohon kepada Allah dan meminta perlindungan dari-Nya. Seketika itu pertolongan Allah pun datang. Melalui tongkat Nabi Musa, lautan menjadi terbelah sehingga Bani Israil boleh melalui jalan tersebut. Sedangkan Firaun dan pengikutnya yang berusaha mengejar mereka ditenggelamkan oleh Allah SWT. 

Allah SWT berfirman, "Dan sungguh, telah Kami wahyukan kepada Musa, 'Pergilah bersama hamba-hambaKu (Bani Israil) pada malam hari, dan pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, (engkau) tidak perlu takut akan ditawan dan tidak perlu bimbang (akan tenggelam). 'Kemudian Fir'aun dengan bala tenteranya mengejar mereka, tetapi mereka digulung ombak laut yang menenggelamkan mereka, "(QS. Thaha: 77-78). 

Subhanallah, begitu besarnya rasa cinta Allah kepada hambanya. Sehingga Dia memberikan pertolongan kepada hambanya yang sedang berada dalam kesulitan. Dengan cara yang mungkin tidak masuk akal, tapi itulah Allah. Allah Maha Besar atas segala sesuatu. 

Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang kini sedang mengalami kesusahan, janganlah kalian berputus asa. Kerana orang-orang yang berputus asa tidak akan boleh menyelasaikan semua masalahnya. Melainkan menjadikan masalah itu bertambah beban dalam hidupnya. Tapi, bersikap tenanglah dalam menghadapi kesusahan. Kerana kita harus yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti datang.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | rika/islampos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan