Jangan merungut apa yang hilang, syukuri apa yang masih ada…
Assalamualaikum….
Pagi ni bangun tidur dah baca DOA? Rasa bersyukur tak masih hidup sehingga ke hari ini? Ucaplah Alhamdulillah….syukur…Allah swt masih memberi kesempatan kepada kita untuk bisa bernafas menghirup udara yang segar… Sihat wal afiat..tiada cacat mana-mana anggota badan…alhamdulillah…
Pernahkah Kita merungut bila ada barang kita hilang? Pernah kita membebel bila ada yang kita tak puas hati dengan perkara yang berlaku kepada kita? Marah dan geram kah kita bila kita sakit? Atau rasa kehilangan orang yang Kita sayang sangat-sangat….sudah tentu pernah kan…?
Ya ! Kerana kita ini manusia biasa…yang
lemah…Dan sudah menjadi fitrah Kita sebagai seorang manusia biasa…tapi
Cuba kita muhasabah diri ini…sampai bila Kita nak terus merungut? Sampai
bila ?
Ingatlah..sekecil-kecil perkara apa pun yang Kita tak suka atau
sesuatu terjadi kepada Kita, itu kerana Allah sudah takdirkan ia
sedemikian rupa…Allah rindukan rintihan hambaNya…Ada hikmah di balik
setiap apa yang berlaku.
Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286: ” Dan aku tidak memberatkannya melainkan apa yang terdaya olehnya”…
Ingat dan kunci rapat2 dalam hati bahawa Allah tidak pernah kejam…Dia hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu lalui…Dia tidak akan menyusahkan hambaNya untuk sesuatu yg HambaNya tidak mampu…Subhanallah…Sayangnya Allah pada hambaNya…
Tapi perlu kita bertanya kepada diri kita sendiri, sayang kah Kita pada Allah? Rasa diri ini tersangat hina..sangat kerdil…
manusia ini bagaikan kuman di hujung kuku seekor lalat sahaja jika dibandingkan dengan Allah Swt…tapi kenapa masih ramai yg menafikan dan tidak yakin bahawa Allah itu Maha Penyayang , Maha Mengasihani…Allahuakbar..Astaghfirullahalazim…
Cuba Kita lihat apa
yang kita dah ada…bagaimana kehidupan Kita Sekarang? Adalah kita rasa
susah? tak cukup makan ke? Cacat ke? Miskin? tiada barang-barang mewah
Dan tak mampu gajet-gajet canggih? Tapi pernah tak Kita banding diri
Kita dgn org yg lebih susah? Ada org yg tidur berlantaikan Tanah yang
merekah, berbumbungkan langit…yg pasti basah di Kala hujan Dan pasti
rasa bahangnya ketika panas…Sedangkan ramai antara kita tidur dalam
keadaan nyaman dengan penghawa dingin yang mahal…pernah tak Kita
terfikir bagaimana pula kehidupan org yang tinggal dalam rumah sampan
seperti di salah satu perkampungan di Kemboja…satu paip air pun kena
berkongsi dengan satu Kampung…
Kalau Kita diuji dengan sakit atau
kehilangan orang yg kita sayang…ingatlah bahawa Allah rindu pada
rintihan kita padaNya…Dia rindu pada hambaNya…Dia rindu dengar kita
berdoa kepadaNya…waktu Kita senang pula..jgn lupa untuk ucapkan
Alhamdulillah semoga sekecil-kecil nikmat Dan rezeki itu mendapat
keberkatan Allah.
Namun, kalau kita tidak pernah merasa perasaan
sedih,kecewa atau marah saat diuji, adakah kita akan berdoa meminta
Allah menolong kita? Adakah kita akan berdoa momohon petunjuk daripada
Allah? Manusia kebanyakannya lebih suka mencari Allah di kala susah dan
melupakanNya di kala senang. Sebenarnya kita perlu tahu bahawa perasaan
sedih yang merupakan sebahagian dari fitrah diri itu sendiri yang
membuat kita sedar akan kerdilnya diri ini.
Cuma janganlah terlalu
terbawa-bawa dengan perasaan itu sehingga kita melakukan
perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah S.w.t seolah-olah kita
tidak reda dengan apa yang Allah telah tetapkan kepada kita.
Sebenarnya saya terpanggil untuk mengisi masa lapang yang ada pada ketika ini untuk mmbuat penulisan dari satu ungkapan watak Rahim dalam drama Cinta & Wahyu, sequel kepada drama Warkah Cinta yang pernah disiarkan di TV alHijrah. Ayatnya ialah tajuk penulisan yang kalian baca ketika ini.
“Jangan merungut sesuatu yang hilang, syukuri apa yang ada”
Sekian saja daripada saya,
Assalamualaikum w.b.t
ilu islam
setuju
BalasPadammemang ini lumrah kita manusia....apa-apa mesti sentiasa qana'ah
BalasPadam