Home Klik Di Bawah

Ahad, 17 Ogos 2014

Beberapa Pesan yang Penting & Baik Untuk Menguatkan Hati


pesan  
Pesan hati kepada hati | Pandoralia by Foxfires  

Ditulis pesan-pesan ini khas buat diri. Dikongsi di sini buat muslimin dan muslimah, sahabat-sahabat dan saudara seagama yang dikasihi kerana Allah Ta’ala.

Khas untuk sesiapa yang mahu sama-sama peduli pada proses peningkatan iman dan amal, mahu mengambil manfaat daripada perjalanan diri yang serba kurang dalam usaha mengenal dan mendekatkan diri pada Illahi.




Wahai diri,

Semoga berada dalam lindungan rahmat Tuhanmu.
26 tahun di bumi Illahi, maka ambillah pesan-pesan ini, mulakanlah langkah mewatakkan peribadi. Pesan-pesan ini hakikatnya hasil kutipan sepanjang perjalanan, perolehan sepanjang melalui fasa-fasa dalam kehidupan, bertemu dengan betapa banyaknya ragam dan rencam.

Bila mana dirimu terasa jauh daripada Illahi, jadikanlah pesan-pesan ini sebagai antara asbab untuk tafakkur kembali tentang makna penciptaan, tentang makna kehidupan.

Pesan Dari Hati untuk Hati

 

Wahai diri,
Ini dicatat demi dirimu.
Tinggalkanlah segala yang sia-sia
yang tidak bermanfaat untuk masa depan akhiratmu.
Tinggalkanlah sumber rezeki yang syubhat lagi haram
Itu lebih baik untukmu.
Tinggalkanlah rancangan hiburan yang melebihkan ketawa, mendahulukan ‘aib daripada iktibar
Itu lebih baik untukmu.
Tinggalkanlah segala yang lazat
tetapi tidak jelas halalan toyyiban
Itu lebih baik untukmu.
Berpalinglah daripada melihat yang haram
jika memandang Allah itu keinginanmu.
Berpalinglah daripada mendengar yang haram
jika ‘Wad Khulii Jannati!” itu kalimah yang kau nanti.
Sedikitkan ketawa.
Banyakkan bersedekah pada senyuman.
Sedikitkan tidur.
Banyakkan sujud pada pekat malam.
Sedikitkan makan.
Banyakkan puasa yang memelihara.
Belajar.
Belajar.
Belajar.
Belajarlah apa-apa yang bermanfaat
mendatangkan rahmat
menjemput redha dari Rabbmu.
Baiki hubungan dengan ibu bapamu
dengan ibu ayah tirimu
dengan adik-beradik tirimu
sahabat kenalan
saudara-saudara
jiran tetangga.
Jaga diri.
Jaga pandangan.
Jaga kemaluan.
Pelihara malumu.
Pelihara adab dan akhlakmu.
Tuhanmu, Allah yang satu.
Nabimu, Muhammad Rasulullah s.aw.
Al-Quran dan sunnah panduanmu.
Jihad jalanmu.
Syahid di jalan Allah adalah cita-citamu.
Berdoalah.
Mintalah dari Allah tanpa kausekutukanNya dengan apa pun.
Mintalah hati yang tenang.
Dada yang lapang.
Rezeki yang barokah.
Sihat dan kelapangan.
Mudah dalam urusan.
Ilmu yang bermanfaat.
Guru yang benar.
Sahabat yang soleh solehah.
Pasangan keturunan penyejuk mata.
Bertahanlah.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
Bertahanlah.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
*****
Artikel ini adalah perkongsian ke emel kami daripada Saidatul Faiqah Samasu, [ Facebook ] Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)
 http://akuislam.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan