Tolong orang pun tak guna kalau diri tak ikhlas.
Nasihat atau tegur pun tak guna kalau diri sendiri masih tak betul-betul.
Pakai tudung, jubah, serban dan sebagainya pun tak guna kalau sekadar menunjuk-nunjuk.
Tutup aurat pun tak guna kalau tak sempurna.
Sembahyang pun tak guna kalau masih buat dosa.
Sia-sia sajalah perbuatan dan amalan tu...
diperolehi dari GOOGLE |
Manusia.... begitulah gayanya.
Bercakap ikut sedap mulut. Mengata ikut sedap rasa. Sampai lupa bahawa dirinya juga tidaklah sesempurna mana.
Jahat atau baik, memberikan pertolongan itu merupakan satu sifat yang
murni. Mungkin itu adalah satu-satunya benda yang paling baik pernah dia
buat di atas dunia ni. Berilah dia peluang..
Memberi nasihat pun sama. Semua orang boleh buat. Tak kisah la siapa pun
orangnya. Hatta dia tengah pegang botol arak dan meminumnya pun boleh
diterima akan nasihatnya. Ambil kata-kata indah dan baik yang keluar
dari mulutnya. Jadikan pedoman dan doakan moga dia akan berubah juga. "Aku tak perlukan tunjuk ajar dari kau"... "Aku tahulah apa yang aku buat, aku lebih dulu makan garam dari kau"...
Jangan melenting dan marah. Kita perlukan nasihat dan teguran kerana
kita seringkali buat silap. Terimalah, walaupun pemberi nasihat itu
hanyalah seorang budak hingusan. InsyaAllah takkan rugi.
Alhamdulillah jika hidup kita dikelilingi oleh orang-orang yang menutup
auratnya. Semoga Allah mengurniakan rahmat ke atas diri semua. Tutup
tapi tak sempurna? Mungkin dia masih berjinak-jinak. Berikan dia sedikit
ruang. Jika dilihat masih berterusan, berikan teguran atau nasihat
dengan baik tapi tegas. Dia tak mahu dengar? Teruskan usaha dan jangan
pernah berputus asa. InsyaAllah akan dipermudahkan.
Jangan kata sembahyang itu tak berguna kerana ia sememangnya
sangat-sangatlah berguna. Sembahyang tapi buat dosa. Alhamdulillah
kerana dia masih menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.... Buat
dosa? Hari-hari kita buat dosa. Kecil atau besar sahaja yang menjadi
persoalannya. Biarlah Allah yang menentukannya. Kejahatan atau maksiat
mampu dicegah melalui sembahyang. Istiqomahlah dan belajar untuk
memperbaiki sembahyang masing-masing. InsyaAllah dengannya diri kita
juga akan diperbaiki.
Perbanyakkan amalan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Semoga kita bersua lagi dalam episod hidup yang seterusnya.
Naltaqi ghadan... wallahu'alam..
http://kum-pun.blogspot.com/
Yang penting kita mematuhi perintah Allah dan Rasul..
BalasPadam