Home Klik Di Bawah

Khamis, 21 Ogos 2014

Cari ketenangan, apa yang anda buat?

Manusia di dunia ini mencari ketenangan dengan berbagai cara.

Ada yang mencari ketenangan dengan memancing sampai sanggup bertemankan nyamuk, unggas dan cengkerik…

Ada orang bila rasa tertekan dia akan makan banyak-banyak baru dia rasa tenang…

Ada orang rasa tenang duduk kedai mamak lama-lama… dah lah minum teh ’0′ jer.. sampai mamak pun naik menyampah tengk muka dia sebb membazirkan ruang kerusi orang lain nak duduk juga…
 


Ada orang dia rasa tenang bila duduk di tepi pantai di hembus bayu angin yang bertiup…

Ada orang rasa tenang duduk di bilik, selimut badan dengan toto… maka berjam-jam duduk berpeluh dalam selimut pun tak per…

Ada orang rasa tenang dengan bercakap… asyik nak bercakap jer.. sampaikan jumpa sape pun dia nak bercakap jer…


Ada orang dia rasa tenang dengan menyanyi… maka tak kira masa asyik nak menyanyi jer…
Ada orang rasa tenang dengan main bola… dia rasa masalah-masalah yang dia ada tu semua dia kumpul dalam bola tu pastu dia tendang kuat-kuat…

Ada orang dia rasa tenang duduk dalam tandas… berjam-jam dalam tandas pun tak per siap boleh hisap rokok dan baca surat khabar lagi… cari ilham kononnya…

Ada orang rasa tenang tengok pemandangan cantik… maka dia mengembara mencari pemandangan… ada orang rasa tenang panjat bukit… selagi ada bukit kat malaysia ni semua dia nak panjat… tak cukup bukit, busut pun dia daki…

TAPI… seorang Mukmin sejati akan dapat ketenangan dengan mengingati ALLAH… Yer, hanya dengan mengingati ALLAH hati akan jadi tenang…

So, kalau kita ingat ALLAH, tapi tetap hati kita tak rasa tenang… memang sahlah iman kita tengah bermasalah…

Ayuh, jom muhasabah Iman!

Oleh: Ustaz Khan Da’ei menerusi pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan