Home Klik Di Bawah

Selasa, 26 Ogos 2014

Kenali Masalah Kulit Bayi

Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu, penjagaan yang khusus sangat diperlukan terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. Jom lihat panduan penjagaan kulit untuk si manja anda.

  
 
Ruam panas
Ia berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Ia kan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan, bintik-bintik merah seakan jerawat akan timbul.
 
 
 
 
Rawatan : 
Mandikan bayi anda dengan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal serta pastikan keadaan bilik berada pada suhu sederhana. Elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas. Pilih fabrik dari kapas dan pakaikan pakaian longgar.

Ruam Lampin
Ruam lampin selalunya berlaku disebabkan oleh oleh kelembapan akibat lampin yang kotor. Ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu kering selepas mandi. Kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin. 
Rawatan :
Kerap menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Cuci punggung bayi menggunakan sabun tanpa bahan pewangi, sabun lembut yang bebas bahan kimia, Kemudian sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang. Pastikan lampin sedikit longgar untuk memberi ruang udara agar dapat memasuki ruang punggung bayi anda.
  

Ekzema
Ia merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iaitu kemerahan, kuping dan bengkak. ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki serta badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan kulit terasa sangat gatal.
Rawatan :
Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Antaranya memakai kan pakaian jenis kain benang, kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru dan mengelak makanan yang mencetuskan ekzema.

Kulit kering
Terdapat bayi yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik. Ia biasanya berlaku pada bahagian punggung atau lengan. Ia tidak berbahaya dan akan hilang apabila bayi berusia 4 hingga 6 bulan. 
Rawatan :
Selalu lap bahagian kulit yang kering dengan kain. Manakala pada bahagian yang bersisik sapukan losen. 

Kerak kepala
Masalah ini juga dikenali sebagai cradle cap.  Ia kelihatan seperti kelelumur pada bahagian kepala bayi. Masalah ini melibatkan kepala diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik di kulit kepala. 
Rawatan :
Rambut bayi dibasuh secara kerap dengan syampu bayi, Kemudian dengan menggunakan berus, sikat rambut bayi untuk menangalkan kepingan kerak. Boleh juga gosok minyak bayi dengan lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala. Biarkan sekejap dan tanggalkan kepingan tersebut. Kemudian cuci rambut dengan syampu bayi yang lembut.
 
  cahayacinta1617.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan