Home Klik Di Bawah

Ahad, 24 Ogos 2014

Kenapa Si Dia Belum Ajak Kamu Kahwin?

Pernah terfikir kenapa teman lelaki anda masih belum melamar atau masuk meminang anda walau dah bertahun-tahun bercinta? Memang kaum wanita akan rasa stress bila perkara ini terjadi, apa lagi bila balik kampung, semua orang asyik bertanya. Tapi sebelum anda marah-marah si dia, apa kata fahami dulu sebab musababnya.

1. Takut

Ha? Takut apa? Jangan ingat lelaki yang nampak macho tak ada perasaan ini. Bukan takut komitmen, tapi takut jika perkahwinan yang dibina nanti tak bahagia seperti yang diharapkan. Lelaki akan rasa gagal bila perkahwinannya runtuh. Mereka juga ada expectations, bukan sahaja daripada anda, tetapi daripada diri sendiri.
 


2. Mahu perempuan buka mulut terlebih dahulu

Jangan terkejut, memang ada jenis lelaki sebegini. Dia tak mahu buka cerita tentang kahwin sebab takut anda tak bersedia lagi. Ini selalu terjadi dengan lelaki yang punya teman wanita yang berjaya dan punya pangkat tinggi. Yalah, si dia risau jika ada perkara yang anda belum capai dalam kerjaya anda.

3. Minat atau obses pada sesuatu

Jangan salah faham ya. Maksudnya minat atau obses pada sesuatu seperti kereta. Kahwin nak pakai banyak duit. Ada lelaki yang dah letak target nak beli Ferrari pada usia 30 tahun, jadi dia takkan kahwin selagi dia tak dapat Ferrari tu.

4. Masih ingat bekas kekasih

Ha, yang ini bahaya. Tetapi hal berkaitan hati dan perasaan ni susah nak dijangka. Lebih selamat, jangan dekati lelaki yang ada tanda-tanda masih angaukan bekas teman wanita. Dan tolong jangan bagi alasan kononnya anda mampu buat si dia lupakan bekas kekasihnya. Penyudahnya nanti anda yang serabut bila si dia buat bodoh saja bila sebut hal kahwin.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan