Home Klik Di Bawah

Selasa, 19 Ogos 2014

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014. Seperti yang diketahui umum, Malaysia akan mengadakan Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ianya sempena menzahirkan rasa dukacita bertujuan memperingati mangsa tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai 2014 yang lepas.

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang pada 22 ogos ini sempena Hari Berkabung Malaysia
 
 

Pada hari perkabungan tersebut, mayat-mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam menggunakan pesawat khas dijangka tiba di KLIA Malaysia sekitar jam 10 pagi. Oleh itu, sempena Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan beberapa panduan peraturan Hari Berkabung Malaysia pada Jumaat ini 22 Ogos 2014.

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut

3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan