Home Klik Di Bawah

Selasa, 19 Ogos 2014

Penyakit Tersembunyi Dikalangan Lelaki

Ramai di kalangan anda yang kurang menyedari ada sesuatu yang berlaku terhadap diri  anda yang dikatakan boleh menjadi masalah kesihatan yang besar jika tidak diambil peduli. Apa yang mengejutkan, ada beberapa pakar bersetuju dengan fakta-fakta yang perlu diketahui oleh anda wahai jejaka.

1. Ketagihan
Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang. Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh lelaki. Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.
 


2. Kolesterol
Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok ‘binaan’ penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.

3. Sindrom Malu Kencing
Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Sindrom ini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa. Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau keretapi. Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti malah menolak untuk berkongsi tandas.


4. Kanser Testikel
Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor. Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

5. Dengkuran Kuat
Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan. Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia. Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

6. Kaki Atlit
Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan. Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki ‘bernafas’. Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.
Kadang-kadang, kita menyedari ada masalah kecil sedang berlaku pada diri sendiri. Namun, sikap acuh tidak acuh membuatkan anda bakal menyenaraikan diri sendiri sebagai pesakit secara tidak langsung. Sebelum terlambat, periksa kesihatan dan perubahan diri untuk menjamin kesihatan terbaik sehingga hari tua.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan