Home Klik Di Bawah

Rabu, 27 Ogos 2014

Resepi Rendang pisang muda

Dsc01927
bila ank2 balik, lupakan diet mendiet seketika...coz anak2 rindukan masakan dari air tangan ibu..xkan nk tengok diorang mkn je...kenalah mkn brjemaah brsama2..barulah berkat... 



 

Bahan-bahan ( satu family bleh mkan )

  • 1 sikat pisang muda - disiat kulitnya & di hiris 1 cm tebal.
  • 1/2 kg udang
  • 15 tangkai cili kering(akk tambah 7biji cili api coz ank2 ske pds), 5 btg serai, 2cm halia muda,2 cm lengkuas,9 biji bawang merah,5 ulas bawang putih - semua dikisar halus.
  • semangkuk santan pekat.
  • 2 sudu besar kerisik, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit, garam n gula secukup rasa.

Cara-cara

  1. rebus pisang hingga empuk.jangan sampai hancur. tos & ketepikan.
  2. panaskan sesenduk minyak & tumis bahan kisar hingga garing. masukkan santan & serbuk kunyit.masak hingga pekat.
  3. masukkan kerisik, gaul sebati.pastu masukkan pisang & udang.kacau rata,suaikan garam gulanya,biar udang masak & pisang betul2 empuk.
  4. siap...! 
 http://www.myresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan