Home Klik Di Bawah

Ahad, 31 Ogos 2014

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Tempoyak


 

Semperna cuti  Hari Kemerdekaan......... semua anak-anak ada dekat rumah. Cuba resepi ini untuk makan tengah hari...... Best tau 


 
Bahan-bahan (3-4 orang)

500g udang
1 ulas bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci kunyit hidup – dikisar
15 biji cili padi – dikisar
3 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – dihiris
500g santan
3 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula

Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pekat.
  2. Masukkan santan, serai dan daun kunyit. Kacau sekata supaya santan tidak pecah.
  3. Masukkan tempoyak dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan udang. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Sumber resepi: Ibu saya dan Blog Resipi  .menerusi http://www.kongsiresepi.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan