Home Klik Di Bawah

Ahad, 21 September 2014

Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.

3 Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.  
Apa itu ADHD?

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.
 

 Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD yang hiperaktif selalunya menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam 3 kategori besar samaada di rumah, sekolah dan sebagainya.

Susahnya nak duduk diam
Susahnya nak duduk diam

1. Hiperaktiviti
Jika diperhatikan, kanak-kanak hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.

2. Tempoh tumpuan yang singkat
Kebanyakan kanak-kanak hyperactive akan menunjukkan tanda seperti susah untuk memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah. Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.

3. Kurang sabar
Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat kemalangan.


Mengatasi Anak Hiperaktif

Apa itu ADHD?
ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

Teknik menarik minat anak ADHD belajar
Sebagai ibu bapa yang memiliki anak ADHD, kita sepatutnya tidak perlu merasa tertekan atau sedih. Mungkin agak kepenatan menjaga mereka tetapi kita harus bersyukur kerana anak-anak ini adalah anugerah dari yang maha esa. Di sini kami ingin berkongsi  beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hyperactive ini untuk belajar.


Kanak-kanak normal pun 'enjoy' suasana begini
Kanak-kanak normal pun ‘enjoy’ suasana begini

1. Atur suasana ruangan dengan menjaga pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hyperactive ini perlukan ketenangan.

Biarkan mereka 'explore' dunia luar
Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar

2. Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka.

Pukul berapa kelas nak habis ni?
Pukul berapa kelas nak habis ni?

3.  Cuba ringkaskan subjek matapelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang panjang.

Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan
Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan

4. Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar. Contohnya gunakan lebih banyak visual atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan berubah-ubah setiap hari.

Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula
Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula

5. Fokus pada bidang atau aktiviti yang boleh menimbulkan minat dan kesukaan pada kanak-kanak ini.

Berikan 'extra' kasih sayang kepada mereka
Berikan ‘extra’ kasih sayang kepada mereka

6. Beri lebih tumpuan dan kasih sayang kerana kanak-kanak hyperactive akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan juga diberi lebih perhatian.

Bukan asingkan terus ya!
Bukan asingkan terus ya!

7. Jauhkan anak-anak ini dari tempat yang boleh mengganggu konsentrasi mereka seperti tingkap, gambar, mainan atau kawan yang boleh menarik perhatian mereka.

Selamat mencuba!
 http://siraplimau.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan