Home Klik Di Bawah

Ahad, 7 September 2014

Fakta Mengejutkan Dan Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia


malaysia 
Kalau anda memang dah tahu semua fakta ini, anda sememangnya rakyat Malaysia yang sangat peka dan prihatin.
 



1. Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan pertama di dunia

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Pakej plot tanah kubur disediakan untuk haiwan peliharaan seperti anjing, kucing serta haiwan lain. Setakat ini lebih 50 plot tanah kubur telah mempunyai penghuni yang kebanyakannya adalah anjing, tetapi fasa pertama yang melibatkan 300 plot tanah kubur telahpun ditempah dan terjual. Pakej bagi satu plot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.


2. Serangga terpanjang di dunia
Anda boleh menemui sejenis serangga yang terpanjang di negeri Sabah. Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm/56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alam semulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.


3. Stesen kereta api tahan salji

Mungkin ramai yang tak tahu, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.


4. Ibu kota kilat dunia

Kuala Lumpur adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia. KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun. Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat kerana ketika pembinaan menara berkenaan, elemen panahan petir turut diambil kira dalam rekaannya. Rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.


5. Lipas paling banyak

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Jangan pengsan pula melihat ratusan ribu lipas memenuhi memenuhi setiap ceruk ruang gua tersebut!


6. SAGA = ‘SCRABBLE’

Ramai yang beranggapan nama Proton Saga berasal daripada buah saga. Sebenarnya tidak. Nama berkenaan diambil daripada permainan Scrabble atau Sahibba. En.Ismail Jaafar mendapat idea tersebut ketika bermain Sahibba, dan mendefinisikan Saga sebagai:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

Oh, dan Proton Saga merupakan kereta import terlaris di UK pada tahun 1989!



7. Roundabout (bulatan trafik) paling besar di dunia

Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan