عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di
masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain
selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud,
Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
عَنْ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَمَارَى
رَجُلَانِ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ
يَوْمٍ فَقَالَ رَجُلٌ هُوَ مَسْجِدُ قُبَاءَ وَقَالَ الْآخَرُ هُوَ
مَسْجِدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ مَسْجِدِي هَذَا
Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya, beliau berkata, 2 lelaki
telah berselisih pendapat tentang manakah masjid yang diasaskan atas
dasar taqwa (spt yg dijelaskan dlm al-Quran). Salah seorng berkata, ia
adalah masjid Quba' dan seorang lagi berkata, ia adalah masjid nabawi.
Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia adalah masjidku ini (Masjid
Nabawi). Hadis riwayat Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm lafaz
yang berbeza-beza.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu
seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid
iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. Hadis
riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm
lafaz yang berbeza-beza.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang
menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat
ad-Daruqutni.
من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي
Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia
menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan
al-Baihaqi.
مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.
*Sumber dari www.tayibah.com / menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan