Home Klik Di Bawah

Khamis, 4 September 2014

Mualaf yang kenal Islam melalui Lensa Fotografi

Stefano Romano fotografer mualaf  
Stefano Romano adalah jurugambar ternama dari Rom, Itali. Dia pakar di bidang foto wajah atau portrait photographer. Dengan bidikannya, pelbagai ekspresi diri tertangkap jelas dan indah. Ramai perempuan yang berterima kasih padanya kerana pancaran wajah mereka menjadi nyata dan menyenangkan.
 
Pelbagai nama artis ibukota menjalin kerjasama dengannya. Sebut saja nama Ghea Panggabean, pereka papan atas Indonesia dan Dini Fitria, penyampai Jazirah Islam Trans7. Selain dengan artis, Stefano sering mengabadikan acara-acara yang diadakan oleh kedutaan besar Indonesia, Malaysia, Filipina, Bangladesh dan Pakistan.
 
Komuniti Bengali merupakan permulaan Stefano mengenal Islam. Perempuan memakai tudung khas Bengali yang berwarna-warni diabadikan dalam blitz kamera. Di situlah dia merasa bahawa perempuan jauh lebih cantik apabila semuanya tertutup kecuali eskpresi muka saja. Inilah permulaan dia mula mengenal Islam dan berusaha ingin tahu lebih jauh.
 
Dalam perjalanannya, komuniti Bengali dan Pakistan tidak menyambut kehadirannya di masjid komuniti mereka di Roma dengan baik. Dia mencari sambutan hangat justeru di masjid komuniti Melayu utamanya Indonesia. Di sini, sebagai seorang non muslim dia merasa diterima dengan baik. Setiap Minggu dia hadir di acara kajian keislaman komuniti Indonesia di Roma. Beberapa bulan kemudian, tahun 2010 dia pun bersedia menjadi Muslim dan mengikrarkan syahadat di hadapan beberapa saksi.
 
Dakwah Stefano adalah di bidang fotografi. Begitu banyak salah faham masyarakat Itali terhadap Islam yang perlu diluruskan. Salah satunya adalah perempuan Islam itu menutup aurat kerana dipaksa suami atau ayahnya. Hal ini diwakili oleh komuniti Arab yang ada di Itali. Inilah yang membuat ramai warga Itali antipati terhadap Islam. 
 
Stefano ingin menunjukkan dengan lensanya bahawa perempuan dalam Islam mempunyai hak untuk menentukan keinginannya sendiri, dalam hal ini cara berpakaian. Mereka menutup aurat kerana kesedaran, bukan takut suami atau ayah. Dalam menutup aurat pun, perempuan Islam tetap kelihatan cantik dengan ragam warna dan model yang dipilihnya. Hitam bukan melulu satu-satunya pilihan dalam pilihan berbusana muslimah. Walaupun ada berbagai pendapat dalam Islam tentang mengabadikan kecantikan perempuan dalam foto, Stefano merasa bahawa dia melakukannya masih dalam batasan Islam.
 
Jurugambar kelahiran 1974 ini menolak mengabadikan foto perempuan yang berunsur lucah. Dalam profesion, dia memang mengambil gambar hampir semua objek foto manusia. Dia lebih suka memaparkan wajah semulajadi yang dibidiknya daripada ekspresi dibuat-buat yang adakalanya ditunjukkan oleh objek yang akan difotonya. Bila sudah demikian, Stefano lebih memilih membiarkannya dulu sampai yang bersangkutan mahu kembali berekspresi secara normal.
 
Orang kampung adalah gelaran Stefano bagi dirinya sendiri. Sejak diterima di komuniti muslim Indonesia di Roma, dia sudah jatuh cinta pada Indonesia. Rasa inilah yang menghantarnya untuk menyunting gadis Indonesia bernama Bayu Bintara Fatmawati. Peluang melawat Indonesia pertama kali selepas berkahwin, membuatnya merasa menjadi sebahagian dari Indonesia. Dia berharap satu ketika nanti boleh tinggal kekal di Indonesia dan menghabiskan masa tuanya bersama isteri tercinta di salah satu kampung di Indonesia. Insya Allah.
[Voa-Islam/ menerusi unikversiti  ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan