Home Klik Di Bawah

Khamis, 18 September 2014

Resepi - Char Kuey Teow Chinese Style


  
Bahan-bahan:
250gm char kuey teow
2 batang sosej potong slide
8-10 udang
80gm kerang telah dibersihkan kulit.
100gm taugeh
100gm daun kucai
6-8 ulas bawang putih dicincang
Sedikit minyak untuk menumis 
 

Cili paste:  100gm pilihan cili kering (dikisar)
3 ulas bawang merah kecil (dikupas dan dihiris)
1 sudu minyak
sedikit garam

Sos campuran: 
5 sudu besar kicap
1 1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
1/2 sudu sos ikan
Sedikit 1/2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk lada putih
Cara menyediakan:  1. Bahan-bahan untuk cili paste hendak tumis sehingga naik bau, masak cili dan asingkan. 2. Bahan-bahan untuk sos campuran hendak lah dicampur hingga sebati dan asingkan. 3. panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang, sosej dalam 1-2 minit. 4. Masukkan taugeh, kuey teow dan kacau seketika kemudian masukan telur dan kacau. 5. Masukkan kerang, cili paste, sos campuran dan kacau. Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau seketika dan angkat. Hidangkan.

http://www.kongsiresepi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan