Home Klik Di Bawah

Sabtu, 13 September 2014

Resepi - Kek Coklat Kukus tanpa Telur.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lama betul tak buat kek. Kek coklat ni favorite Kiki tak kiralah yang bakar atau kukus. Saya buat hari Sabtu lepas, buat satu adunan. Tak sempat nak posing-posing lepas keluar dari kukusan sebab hari agak mendung sikit. Hari esoknya bila nak posing tinggal 3 keping ni aje lah untuk buat kenang-kenangan yang lain dah masuk dalam perut. Resepi dari sifu kek lapis Dayang Jack. Suka tengok kek lapis Dayang...cun melecun. Bila sampai seru nak buat tak tahu le teman.

Terus saja ke resepinya.



Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
Sumber: Dayang Jack  
Bahan-bahan : loyang 6" x 6"  (saya guna loyang 8"x4")

Bahan A :
125 g tepung gandum @ 1 cawan
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik
Bahan B :
1 cawan serbuk koko 
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco - saya letak nescafe
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam
Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon
Cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya. 
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. (Saya kukus 1 jam)
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
  • kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
  • kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
  • kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.
 Wassalam...
 http://www.kongsiresepi.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan