Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 September 2014

Suara Adzan dalam mimpi membuatkan S.S Lai Masuk Islam on

Suara Adzan dalam mimpi membuatkan S.S Lai Masuk Islam
Dilahirkan dari keluarga berlatarbelakang etnik Cina, SS Lai membesar di tengah budaya yang melakukan penyembahan berhala dan memuja nenek moyang mereka yang sudah meninggal. Sejak kecil dia sudah dididik untuk mempercayai banyak dewa-dewi dalam keyakinan agama Cina.
 
Setiap tahun, Lai selalu berharap dan bersemangat jika ayahnya mengajaknya ke kuil untuk melaksanakan peribadahan persembahan untuk para dewa-dewi. Sebagai kanak-kanak, kegembiraannya ketika itu bukan kerana dia akan beribadah tapi kerana setiap acara tahunan di kuil dia akan menikmati makanan yang banyak dan berbeza-beza.
 
Itulah sepenggal kenangan SS Lai, seorang perempuan yang berasal dari etnik Cina yang tinggal di negeri muslim, Brunei Darussalam. Beliau merasa bersyukur kerana menghabiskan sebahagian besar masa sekolahnya di sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam.
 
 
"Saya ingat, seorang teman pernah membawa buku komik bergambar tentang mereka yang dihukum dalam api neraka. Saya tidak begitu faham tentang apa itu neraka pada masa itu. Saya hanya tahu bahawa jangan pernah membuang sedikit pun gula-gula atau kerepek (makanan) atau kita akan dihukum di akhirat kelak," ujar Lai.
 
Dia faham, seorang muslim berpuasa pada bulan Ramadan dan dilarang makan daging babi. Ketika itu, Lai belum tertarik dengan Islam, meskipun ramai sahabatnya yang muslim. Tapi Lai mengakui, ketika berusia 7 tahun, dia merasakan hal yang aneh bahawa suatu masa dia akan menjadi seorang muslim, seperti salah seorang bapa saudaranya.
 
"Namun saya tidak pernah bertanya pada siapa pun tentang Islam. Takut mereka ingin tahu, dan ini yang membuat saya takut dan malu," tutur Lai.
 
Perjalanan Lai menuju cahaya Islam bermula dari kebingungannya masa dia belajar geografi. Dirinya bertanya-tanya mengapa manusia boleh berdiri dan berjalan dalam bumi dan tidak dibuang ke luar angkasa yang gelap. Pulang ke rumah, Lai menanyakan hal ini pada bapa saudaranya, namun si bapa saudara malah menasihatinya agar jangan terlalu banyak bertanya "mengapa" pada semua hal. Sejak itu, Lai selalu menahan diri untuk tidak selalu menanyakan "mengapa" pada hal-hal yang menarik perhatiannya.
 
Tahun 1988, Lai mendapatkan biasiswa belajar ke UK. Sesuatu yang menjadi impiannya dan dia bekerja keras untuk boleh belajar ke luar negeri. "Saya menjadi orang yang berguna dan kaya, dan membuat kedua orang tua saya bangga. Satu-satunya yang saya tahu untuk mencapai cita-cita saya itu adalah menjadi seorang doktor," ujar Lai.
 
Semasa kuliah di UK, suatu malam Lai bermimpi mendengar suara azan dan dia berjalan menuju ke arah suara itu, lalu dia berdiri dalam sebuah pintu gerbang yang besar. Di pintu gerbang itu kelihatan tulisan dalam bahasa Arab. Dalam mimpi itu, Lai merasakan kedamaian dan rasa aman. Dia masuk ke dalam sebuah bilik yang bercahaya dan dalam sana dia melihat kelibat yang sedang solat.
 
"Saya sukar menggambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Keesokan harinya saya memaksakan diri untuk menanyakan tentang mimpi saya itu pada teman saya, seorang mahasiswi dari Malaysia. Dia mengatakan, itu adalah 'Hadassah' dari Allah, "Lai mengisahkan perihal mimpinya itu.
 
Perbincangan tentang mimpi itu mendorong Lai untuk lebih banyak bertanya tentang agama Islam. Selama ini, ramai orang mengatakan pada Lai bahawa kaum Muslimin adalah orang-orang yang jahat dan selalu menindas penganut agama lain.
 
Semasa berkesempatan pulang kampung ke Brunei, Lai berkata pada keluarganya bahawa dia ingin menenangkan diri selama setahun ini dan melepaskan diri dari segala cita-citanya. Dia merasa ada sesuatu yang lebih penting dari semua yang telah dia kejar selama bertahun-tahun. Sudah boleh dipastikan, keluarganya menolak permintaan Lai, yang membuat Lai hanya boleh menangis siang dan malam. 
 
"Saya menangis kerana yang terdengar di telinga saya adalah gema suara azan, sampai seorang teman saya menganggap saya sudah gila, dan saya pun mula berfikir demikian," ungkap Lai.
 
Dia lalu ingat sahabat masa sekolahnya dulu, seorang muslim yang taat. Darinyalah, Lai mula belajar tentang bagaimana menjadi seorang muslim. Akhirnya, hari bersejarah itu pun tiba. Tarikh 5 Oktober 1991, Lai mengucapkan dua kalimah syahadah dan rasmi menjadi seorang muslimah.
 
"Saya percaya bahawa setiap anak lahir dalam keadaan suci dan hanya orang tua merekalah yang menentukan ke mana anak akan melangkah. Semoga Allah membimbing hati-hati mereka menuju Islam," doa Lai menutup ceritanya menjadi seorang muslim.
[Era Muslim]menerusi unikversiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan