Home Klik Di Bawah

Isnin, 29 September 2014

Tanda -Tanda Awal KANSER


tanda-tanda kanser 
TANDA-TANDA AWAL AWAL KANSER

Kanser adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya di dunia. Kanser adalah pembunuh utama manusia di dunia ini. Mengikut statistik, berjuta-juta manusia mati didunia hari ini akibat daripada kanser.

Jadi, pengamalan gaya hidup yang sihat sangat diperlukan bagi mengelakkan daripada menghidapi penyakit kanser ini. Terdapat pelbagai jenis kanser di dunia hari ini antaranya adalah kanser hati, kanser darah, kanser ovari, kanser payudara dan sebagainya. Kanser ini adalah antara kanser yang seringkali meragut nyawa manusia di dunia.



Bagaimana cara untuk mengelakkan kanser ini berlaku? Sama-sama kita menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kanser jika dikesan lebih awal masih lagi berpeluang untuk sembuh tetapi jika kanser ini dikesan pada tahap kronik mungkin sukar untuk dirawat.

Terdapat beberapa cara untuk mengesan tanda-tanda awal kanser antaranya adalah seperti berikut:
  • Kanser darah (leukemia) – pucat, letih,mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infleksi).
  • Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  • Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelam dan kelenjar membengkak di leher.
  • Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  • Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  • Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen(perut), hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  • Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersanggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  • Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan, atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersanggama dan turun berat badan.
  • Kanser payu dara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  • Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
  • Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
ammarblog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan