Home Klik Di Bawah

Isnin, 22 September 2014

Tips - Cara Mengesan Kecurangan Pasangan

Cara Mengesan Kecurangan Pasangan 
Cara Mengesan Kecurangan Pasangan

Bagaimana nak tahu pasangan curang? Seringkali dalam perhubungan cinta atau perkahwinan berlaku perkara yang tidak diingini ini. Orang yang kita sayang tiba-tiba berubah hati dan mencari orang lain atau dalam erti kata mudah “curang”. Walaupun sakit untuk diterima tetapi itulah kenyataan yang harus diterima.
Berikut adalah senarai “cara untuk mengesan kecurangan pasangan”:



  • Berubah sikat secara ketara, jika dulu dia romantik bersama anda , sekarang dia hambar.
  • Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya.
  • Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
  • Menerima panggilan telefon secara rahsia ketika anda sedang makan bersamanya.
  • Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan.
  • Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya.
  • Asyik lewat ketika temu janji dengan anda.
  • Mematikan telefon bimbit ketika bersama dengan anda.
  • Sering memberi alasan penat, sibuk apabila anda mengajaknya berjalan.
  • Sering tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain.
  • Tiba-tiba mengadu sakit ketika bersama dengan anda.
  • Menjadi panas baran dan sentiasa mencari kesalahan anda.
  • Dia asyik resah melihat jam tangan ketika bersama dengan anda.
  • Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama.
 ammarblog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan