ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى
ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ
ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).
15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya: Daripada Ali
bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka
iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu
hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka
akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.
Dunia pada hari ini
telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini,
cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Firman Allah SWT:
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬
مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ
ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ
مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا
مَرَدَّ لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang
ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu
kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka
selain daripadaNya. Ar-Ra'du (11).
FirmanNya yang lain:
أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ
أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا
لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا
وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم
بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ
Tidakkah mereka
memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang
tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka
dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka,
kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami
ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan