Bercinta Menurut Islam
Soalan:
Bagaimana remaja hendak bercinta mengikut cara islam?
Faizal, Gemencheh
Jawapan:
Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.
Jika
cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah
dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah
dengan nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam
begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila
hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat
hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada
gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau
secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan
perkahwinan.
Setelah
berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana
yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi
Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan
sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun
sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah
kepada negara - Darul Numan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan