Bila tengok Astro tak sah kalau tak tengok cerita ‘Pawn Star’ atau
‘The Pickers’. Itu memang favorite rancangan aku. Kekadang kagum hanya
dari barang ‘terbuang’ boleh rolling balik jadi duit.
Di Malaysia ‘The Pickers’ dah boleh di ibarat dengan bahasa kasarnya
‘keling botol’. Cuma berbeza sikit, barang yang di kutip di pilih
berdasarkan nilai sejarahnya tersendiri.
Kalau dah nama sejarah, setiap barang mesti ada asal usulnya. Satu
lagi rancangan yang aku suka tengok ialah ‘The New Inventors’. Bagi yang
tak tau boleh buka Discovery Sciene dekat Astro Channel 554.
Rancangan ini memaparkan pereka-pereka baru. Kebanyakkan
ciptaan-ciptaan baru atau alatan yang di gubah semula bertujuan
memudahkan urusan umat manusia.
Banyak pelopor kepada ciptaan-ciptaan terkenal yang hebat. Di mana
sehingga ke hari ini kita masih gunakannya. Berterima kasih kepada
mereka.
Tapi sebelum itu, ada ciptaan yang terlupa atau tersalah kredit kepada penemu idea asalnya. Apakah ia?
# 7. Teleskop
Bagi pandangan mata kasar (rukyah) mungkin sukar untuk melihat anak bulan. Tapi salah satu cara berkesan adalah dengan menghitung melalui hisab (pengamatan astronomi). Kaedahnya dengan menggunakan peralatan Teleskop.
Tahukah korang apakah Teleskop atau Teropong? Teleskop sebenarnya berkeupayan memaparkan sesuatu imej yang jauh dengan lebih jelas. Ianya berfungsi melalui gelombang elektromagnetik.
Penemuan asalnya adalah daripada Hans Lippershey pada tahun 1608. Kemudian barulah Galileo Galilei menaiktarafnya.
# 6. Radio
Dengan penemuan gelombang elektromagnet ini oleh Nikola Tesla, maka menemuilah pelbagai jenis lagi variasi gelombang, antaranya ialah gelombang radio. So, dari situlah asal usul sebuah radio.
Penemuan ini diperluaskan lagi oleh Guglielmo Marconi. Setelah di inovatifkan secara komersial, akhirnya, lahir sebuah syarikat Sistem Isyarat dan Rangkaian Radio Telegraf di Britain.
Oleh itu, tak hairanlah penemuan radio di kreditkan kepada Guglielmo Marconi berbanding Nikola Tesla.
# 5. Kapal Terbang
Sebenarnya, lagi tepat kalau kata petani dari New Zealand, Richard Pearse adalah pelopor idea bidang penerbangan.
Adik beradik Wright telah menerbangkan pesawat pertama 9 bulan selepas Richard Pearse mendaratkan sebuah mesin dari udara. Tetapi penemuan itu tak di patenkan oleh Pearse.
Kesempatan tersebut di ambil adik beradik Wright terlebih dahulu untuk beritahu kepada umum. Kesudahannya, mereka berdua lebih di kenali ramai.
# 4. Mentol Lampu
Sekarang terdapat pelbagai variasi lampu. Tapi mentol lampu jenis pijar dah jarang di gunakan.
Kebanyakkan lampu dari jenis pendaflour, halogen, xenon, neon atau LED lebih jadi pilihan. Ini kerana ianya lebih menjimatkan tenaga dan cahayanya lebih terang.
Era lampu bermula dengan penemuan pelbagai jenis logam alkali, klorin dan iodin oleh Sir Humprey Davy pada tahun 1802. Penemuan alkali tersebut di experimen lagi melalui teori kimia sehinggalah terciptanya Davy Lamp.
Pada masa itu Davy Lamp digunakan oleh pelombang-pelombong untuk bekerja di dalam situasi persekitaran yang bergas dan mudah terbakar.
Selepas itu, Thomas Alva Edison pula mula berexperimen dengan idea asal lampu pijar (incandescent) dari Davy. Hasilnya, terciptalah sebuah mentol lampu elektrik yang menggunakan haba wayar filamen dari aruhan elektrik untuk menghasilkan cahaya.
# 3. Automobil
Karl Friedrich Benz merupakan orang pertama yang memperkenalkan kenderaan berkuasa petrol. Kalau nak tahu asal usul nama automobil Mercedes-Benz, jurutera dari Jerman inilah pengasasnya.
Karl Benz mempatenkan semua proses Internal Combustion Engine (pembakaran bahan bakar dalam enjin) pertamanya pada tahun 1879. Di mana dia menggunakan minyak sebagai medium pembakaran.
Pembakaran minyak kemudian dioksidakan dengan udara untuk menghasilkan gas yang menjana tenaga. Maka dari situlah terhasilnya kereta roda tiga (Motorwagen) pertama berkuasa petrol.
Pada tahun 1896, barulah pengasas syarikat Ford, iaitu Henry Ford merevolusikan semula industri automobil. Akhirnya, tercipta pula kereta empat roda (Ford Quadricycle) sehinggalah berkembang dengan pelbagai paten termasuklah juga penghasilan Kapal Terbang semasa Perang Dunia Pertama.
# 2. Internet
(Sebenarnya pembangunan dunia internet sedang berkembang pesat. Bagi yang berminat mungkin boleh belajar pasal networking. Ambillah kursus dengan CISCO).
Kemudian, teknologi internet barulah betul-betul di komersialkan oleh aktivis, Al Gore. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan akses internet besar-besaran kepada orang awan. Sebab itulah Al Gore lebih di sinonim dengan kewujudan internet.
# 1. X-Ray
Sebenarnya ahli fizik Jerman iaitu Wilhelm Röntgen yang telah mengesan dan menjumpai radiasi elektromagnet atau lebih di kenali dengan X-Ray pada tahun 1895.
http://booblogs.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan