Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 Oktober 2014

Keindahan Seni Penghias Botol Kaca Dengan Pasir.


Seni menata pasir di dalam botol telah ada sejak ratusan tahun lalu. Seorang seniman berasal  dari Iowa bernama Andrew Clemens telah membuat banyak karya di bidang itu meskipun ia bermasalah pendengaran .

Kesenian ini bermula Andrew sejak usianya masih tiga tahun. Saat itu, ia mengikuti percutian musim panas dengan rakan-rakan sekolahnya. Andrew secara naluri mengambil pasir yang mempunyai warna berbeza di kawasan Pikes Peak State Park.

Seniman kelahiran 1856 itu memisahkan pasir-pasir yang dikumpulkannya dan menggunakan mereka untuk membentuk gambarnya. Awalnya ia memasukkan pasir pada botol kaca kecil yang biasanya digunakan untuk meletakkan mata  pancing. 



Ia tidak menggunakan gam dan hanya bergantung kerekatan dari tekanan tiap butiran pasir yang disusunnya. Ketika karyanya siap, ia menyekat botol kaca dengan penyumbat dan lilin.

Untuk membuat satu karya, Andrew boleh menghabiskan masa sehingga satu tahun kerana memang sangat rumit. Belum lagi jika ia membuat karya dengan gambar terbalik, maka masa yang diperlukan boleh lebih lama lagi.

Namun kerja kerasnya tidak percuma. Karya Andrew dipamerkan di beberapa muzium dan pameran. Ia mula mendapat banyak pelanggan yang dulu cukup membeli karyanya seharga US $ 5-7 .

Kini, karya Andrew sudah ditempah sehingga  ribuan dollar . Malangnya, tidak banyak karya Andrew yang masih bertahan hingga saat ini.

Meskipun seni yang diceburi Andrew banyak diminati orang di era ini, tidak ada artis yang benar-benar mempunyai ketepatan setinggi Andrew. Andrew akhirnya dipercayai menjadi penemu sekaligus satu-satunya pengamal seni menghias botol kaca dengan pasir.

Berikut beberapa gambar dari karya Andrew Clemens:
 




 
zamrispoon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan