Home Klik Di Bawah

Khamis, 30 Oktober 2014

Kenali - Wang Zhengyang, Hacker 13 Tahun Terhebat Dari China.


 Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun bernama Wang Zhengyang digelar sebagai anak ajaib kerana mampu melakukan penggodaman pada sistem komputer. Kerana kemampuannya itu, Wang digelar sebagai hacker kecil. Wang yang berasal dari China ini memang sudah melakukan beberapa aksi hack . Dia pernah menggodam sistem komputer di sekolahnya.

Kemudian, Wang juga pernah menggodam sebuah kedai online, lalu menurunkan harga barang di situ. Dari yang semula 2500 yuan menjadi hanya 1 yuan. Untungnya dia tidak bermaksud buruk dan tidak membeli barangan tersebut. Dia terus menghubungi pihak kedai untuk memberitahu ada kelemahansistem keselamatan yang ditemuinya. 
 

Wang pun diarah menjadi pembicara di 2014 Chinese Internet Security Conference di Beijing. Dia menyatakan akan menggunakan kepintarannya itu untuk tujuan baik, bukan merosakkan. Menembusi sistem komputer sekolah dilakukannya untuk mencari kelemahan.

Berkat kemampuannya, Wang saat ini sudah diajak bekerjasama dengan Tsinghua University. Belum lama ini, dia juga mencari kelemahan sistem keselamatan di software tempatan bernama Qihoo 360.

Ia pun terus memberitahu pencipta software itu untuk memperbaikinya kerana kalau tidak, pengguna software tersebut berisiko kena serangan. Padahal cukup banyak institusi pendidikan China yang memakainya. "Aku hanya bermaksud untuk membantu ," tegasnya.

 
zamrispoon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan