Cuba
lihat sekeliling anda, berapa jenis kategori kawan yang anda miliki.
Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi
masing-masing mempunyai ciri-ciri yang menawan . Bila anda memerlukan
pertolongan mereka, tak kira kawan anda tergolong dalam kategori mana,
mereka tetap menghulurkan bantuan. Di sini disenaraikan beberapa jenis
kategori kawan yang anda perlukan..setiap satunya dan mengapa.
- Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa
mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati
anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut
memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan
lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.
- Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira
anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur
sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan
memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut
yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die
mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau
meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.
- Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk
memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki
kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan
dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah
yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar
untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi
dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda
mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?
- Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang
baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya
saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek
berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin
berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat
berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.
- Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki
salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi
lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang
lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada
musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.
- Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang
budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang
pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda.
Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang
serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.
- Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang
sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan
sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang
menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan
tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan
bersama ibu anda.
Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda
dan berapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang
bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan