Home Klik Di Bawah

Rabu, 8 Oktober 2014

Menarik - Masa itu penyembuh segala luka

Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan dalam hidupnya samada perubahan yang positif mahupun negatif. Kebiasaannya perubahan positif biasa diterima dalam hidup, namun perubahan negatif amat sukar untuk diterima. Antara perubahan negatif yang biasa berlaku adalah kegagalan, kemalangan, kematian, putus cinta, penceraian, kenaikan harga minyak dan barang dan sebagainya. Manusia akan melalui beberapa fasa tindak balas emosi apabila berhadapan perubahan negatif yang sejajar dengan masa yang akhirnya manusia akan dapat menerima juga perubahan tersebut. Sebab itu ada ungkapan, "Time heals all wounds" atau "Masa itu penyembuh segala luka".



Berikut adalah fasa2 tindak balas emosi terhadap perubahan negatif:






Fasa I - Kestabilan

Semua emosi bermula dengan fasa ini iaitu kestabilan emosi sebelum suatu perubahan negatif berlaku.

Fasa II - Imobilisasi

Reaksi awal kepada perubahan negatif adalah kejutan. Reaksi dalam fasa ini mungkin berbeza2 dari kekeliruan sementara ke kekeliruan sepenuhnya. Di fasa ini, kesan perubahan menjadi begitu asing kepada seseorang sehingga mereka tidak dapat mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku.

Fasa III - Penolakan

Fasa ini menunjukkan ketidakupayaan seseorang untuk mengasimilasikan perubahan yang baru. Pada peringkat ini, maklumat berkaitan perubahan sering ditolak atau diabaikan.

Fasa IV - Kemarahan

Fasa ini ditunjukkan melalui kekecewaan dan kesakitan, dan sering diluahkan secara tidak rasional, celaan, kecaman, kritikan dan dipersalahkan secara rambang. Emosi ini biasanya diluahkan terhadap orang yang berdekatan seperti keluarga, rakan2 serta objek yang menyebabkan punca perubahan.

Fasa V - Rundingan

Di sini, orang mula berunding untuk mengelakkan lebih banyak implikasi negatif yang mungkin. Proses ini menunjukkan isyarat bahawa seseorang individu tidak lagi boleh mengelakkan konfrontasi dengan realiti. Semua fasa sebelum ini melibatkan pelbagai bentuk penafian, dan fasa ini menandakan awal2 penerimaan.

Fasa VI - Tekanan

Tekanan adalah tindak balas biasa apabila perubahan dilihat secara negatif. Sesorang mungkin akan berada dalam kemurungan yang kronik seperti gagal mengawal emosi, tidak berdaya dan putus asa. Walaupun ia adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan, tekanan boleh mewakili satu langkah yang positif dalam proses penerimaan. Pada ketika ini, perubahan negatif ini akhirnya diakui secara perlahan2.

Fasa VII - Pengujian

Mengembalikan semula kawalan terhadap diri sendiri membantu mereka membaskan diri dari perasaan kemurungan dan penindasan. Mereka melakukan ini dengan mengakui batasan2 yang baru serta meneroka cara untuk mentakrif dan menyusun semula matlamat dan harapan baru agar dapat menyesuaikan diri dalam perubahan keadaan yang baru.

Fasa VIII - Penerimaan

Pada ketika ini, orang ramai sudah boleh bertindak balas terhadap perubahan secara realistik. Penerimaan ini walau bagaimanapun orang tidak semestinya suka dengan perubahan ini. Ia hanya menunjukkan bahawa orang kini lebih mendalami dan produktif dalam konteks perubahan yang baru. Orang2 yang telah mencapai fasa mungkin tidak akan pernah bersetuju dan suka dengan apa yang telah berlaku, tetapi memanfaatkan keadaan semasa untuk kelebihan dan kemudahan mereka.


Berdasarkan kepada fasa2 tindak balas emosi terhadap perubahan negatif ini, hakikatnya masa tidak menyembuh semua luka, masa hanya mengajar kita bagaimana untuk terus hidup dengan kesakitan dan kesedihan yang ada.





tags: masa itu penyembuh segala luka duka fasa tindak balas emosi terhadap perubahan negatif carta chart negative response to change emotional time heals all wound everything how to live with pain 
 http://buasirotak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan