Sawan
(seizure/fit/ convulsion) ialah fenomena akibat perubahan pada
gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba. Sawan demam merujuk kepada
sawan di kalangan kanak-kanak yang berumur dari enam bulan hingga enam
tahun yang demam akibat berlaku jangkitan atau radang selain jangkitan
otak dan saraf.
Ia berlaku kepada kanak-kanak yang demam dengan suhu badan mencecah 38 darjah celsius (100.4 darjah Farenheit).
Lumrahnya sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnos epilepsi. Epilepsi bermaksud kejadian sawan sekerap dua episod atau lebih tanpa demam.
Sawan demam berlaku apabila kanak-kanak demam yang secara amnya akibat jangkitan virus atau bakteria (selain radang pada otak dan saraf di mana sawan merupakan salah satu petanda klinikal).
Terdapat dua jenis sawan demam iaitu ringkas (simple) atau kompleks. Sawan demam yang berlaku ringkas merupakan majoriti kes yang berlaku pada kanak-kanak melibatkan seluruh anggota badan. Ia juga berlaku sekali dalam episod demam dan tidak berulang.
Sawan kompleks pula jarang-jarang berlaku. Apabila berlaku ia mengambil tempoh lebih 15 minit yang adakalanya hanya satu anggota badan kaki atau tangan yang terlibat. Sawan ini berlaku lebih dari sekali dalam episod demam dan juga boleh berulang kali.
Selaku penjaga, ibu bapa perlu peka kepada perubahan suhu badan kanak-kanak supaya ubat demamdapat diberi mengikut dos dan tempoh masa yang sesuai.
Pada kebanyakan masa, sawan banyak berlaku serentak dengan demam. Penting bagi ibu bapa supaya tidak panik apabila berdepan dengan situasi tersebut.
Beberapa langkah boleh diamalkan oleh ibu bapa apabila anak mereka diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri.
mereka tidak cuba memberhentikan sawan tersebut dengan
memegang badan mereka secara kuat atau memasukkan sebarang objek dalam
mulut.Lumrahnya sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnos epilepsi. Epilepsi bermaksud kejadian sawan sekerap dua episod atau lebih tanpa demam.
Sawan demam berlaku apabila kanak-kanak demam yang secara amnya akibat jangkitan virus atau bakteria (selain radang pada otak dan saraf di mana sawan merupakan salah satu petanda klinikal).
Terdapat dua jenis sawan demam iaitu ringkas (simple) atau kompleks. Sawan demam yang berlaku ringkas merupakan majoriti kes yang berlaku pada kanak-kanak melibatkan seluruh anggota badan. Ia juga berlaku sekali dalam episod demam dan tidak berulang.
Sawan kompleks pula jarang-jarang berlaku. Apabila berlaku ia mengambil tempoh lebih 15 minit yang adakalanya hanya satu anggota badan kaki atau tangan yang terlibat. Sawan ini berlaku lebih dari sekali dalam episod demam dan juga boleh berulang kali.
Selaku penjaga, ibu bapa perlu peka kepada perubahan suhu badan kanak-kanak supaya ubat demamdapat diberi mengikut dos dan tempoh masa yang sesuai.
Pada kebanyakan masa, sawan banyak berlaku serentak dengan demam. Penting bagi ibu bapa supaya tidak panik apabila berdepan dengan situasi tersebut.
Beberapa langkah boleh diamalkan oleh ibu bapa apabila anak mereka diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri.
Seeloknya letak anak dalam posisi mengiring untuk mengelak anak dari tersedak semasa hilang kesedaran sewaktu sawan.
Kelaziman tempoh sawan amat pendek. Ibu bapa harus membawa anak mereka berjumpa doktor walaupun sawan tersebut berhenti secara sendiri.
Sekiranya sawan berlarutan melebihi lima minit, hubungi pihak ambulan atau pergi ke unit kecemasan terdekat untuk bantuan serta merta.
Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor akan diperiksa secara teliti untuk mengenal pasti punca jangkitan yang mengakibatkan demam.
Rawatan demam melibatkan pemberian ubatan seperti paracetamol dan antibiotik sekiranya petanda klinikal mencadangkan jangkitan bakteria.
Sekiranya sawan berlarutan atau berulang-kali, ubatan spesifik perlu diberikan untuk memberhentikan sawan. Ubatan biasanya diberikan secara suppository atau melalui dubur pesakit melainkan terdapat akses salur darah.
Bagi kanak-kanak bawah setahun, doktor mungkin mengesyaki jangkitan pada selaput otak
(bergantung kepada petanda klinikal) dan ujian air tulang belakang disarankan kepada ibu bapa.
Bagaimanapun, sawan demam mungkin berulang dalam tempoh hayat kanak-kanak di bawah enam tahun.
Lebih kurang 30 peratus kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalami sawan demam berulang-kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.
Bagi kanak-kanak yang masih muda (umur bawah 18 bulan) sawan berlaku pada suhu bawah 40 darjah celcius semasa sawan julung kali. Sawan berlaku dalam tempoh sejam demam atau sejarah sawan demam dalam kalangan ahli keluarga.
Namun, kanak-kanak dengan sawan demam mempunyai tindak balas yang bagus dan tidak mengalami kesan negatif terhadap perkembangan minda mereka.
Risiko kanak-kanak mengalami epilepsi selepas satu episod sawan demam ringkas adalah hampir menyerupai risiko populasi umum.
Kebiasaannya mereka yang akhirnya menghidap masalah epilepsi datang dari golongan yang sediakala mengalami masalah perkembangan otak dan saraf, sawan demam kompleks dan sejarah keluarga epilepsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan